MISIL BERPANDU | Misil berpandu ialah senjata terbang bak bom yang dipandu ke sasarannya. Sesetengah misil berpandu adalah pandu sendiri. Ia dilengkapi komputer dan alat khas yang lain yang memandunya. Sesetengah misil ini boleh juga mengejar dan memusnahkan sasaran yang sedang bergerak seperti kapal terbang atau peluru lain. Peluru berpandu lain terbang dengan kawalan manusia, walaupun ia tidak membawa juruterbang. Ia mengikut arahan yang dihantar melalui radio daripada pengawal yang mungkin berada jauh. | UMUM | |
SENAPANG | Senapang ialah sejenia senjata yang boleh menembakkan peluru, peluru meriam, atau beberapa jenis misil yang lain. Kebanyakan senapang menembak dengan kuasa bahan letupan seperti serbuk letupan. Tetapi ada juga senapang yang menggunakan gas termampat atau sejenis spring sebagai penggerak kuasanya. | UMUM | |
SENJATA NUCLEAR | Senjata nuklear ialah sebarang senjata yang memperoleh kuasa pemusnahnya daripada perubahan jirim dalam atom menjadi tenaga. Semua senjata nuklear ialah peranti letupan. Ini termasuk misil berpandu, bom, peluru meriam, periuk api, dan torpedo. Senjata nuklear yang paling bertenaga lebih memusnahkan berbanding sebarang senjata konvensional (bukan nuklear). | UMUM | |
METALOGRAFI | Metalografi ialah kajian tentang struktur dalaman logam dan aloi. Istilah ini juga boleh digunakan dalam kajian tentang seramik dan komposit, iaitu gabungan logam dengan serat bukan logam. Ahli metalografi menentukan bagaimana bahan akan bertindak balas dalam keadaan tertentu, seperti dalam keadaan panas atau sejuk melampau. Industri bergantung pada metalografi untuk menghasilkan, menguji dan memperbaiki keluaran seperti misil dan kapal angkasa. Ahli metalografi mengkaji sampel bahan menggunakan sinar-x dan mikroskop. Mikroskop elektron yang berkuasa tinggi membantu mereka mencipta bahan baru. | UMUM | |
SNIPERSKOP | Sniperskop ialah peranti elektronik yang dapat digunakan untuk membidik raifal dengan tepat pada waktu malam. Ahli sains Amerika mencipta sniperskop ketika Perang Dunia II (1939–1945) untuk membolehkan pasukan tentera berjuang dengan lebih berkesan pada waktu malam. Sniperskop telah diganti dengan starlight skop yang dicipta pada tahun 1963 dan digunakan buat pertama kalinya ketika Perang Vietnam. Angkatan tentera dan polis bukan sahaja menggunakan starlight skop untuk menembak pada waktu malam, malah semasa meronda di tempat yang gelap. Askar-askar menggunakan peranti ini pada senjata yang lebih besar seperti meriam dan pelancar misil serta juga senapang. | UMUM | |