Alkimia ialah gabungan sains kuno, sihir dan
falsafah mistik. Ia terkenal pada awal penyebaran
agama Kristian sehinggalah kira-kira pada tahun
1700. Alkimia mencuba mengubah logam yang tidak
bernilai menjadi perak dan emas.
Teosofi ialah satu sistem pemikiran falsafah dan
agama. Teosofi berdasarkan kepada dakwaan
wujudnya pemahaman mistik terhadap sifat Tuhan
dan hukum dunia. Pengikut teosofi percaya bahawa
pengetahuan yang sebenar berpunca daripada
perhubungan terus antara jiwa dan kebenaran
suci, dan bukannya melalui logik atau deria.
Kahlil Gibran (1883-1931), penyair mistik, ahli falsafah dan penulis cerpen berbangsa Lubnan-Amerika yang menulis dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Novalis (1772–1801) ialah nama pena Friedrich von
Hardenberg, penyair romantik Jerman. Lima buah
puisi oleh Novalis, yang berjudul Hymns to the Night
(1800), menerangkan kealiman, sifat mistik, dan
harapannya untuk menemui ajal. Dalam esei
Christianity or Europe (1799), Novalis cuba
menunjukkan bahawa manusia menjalani kehidupan
yang lebih bermakna dalam kesatuan spiritual Zaman
Pertengahan Katolik daripada zamannya. Ini menjadi
tema romantisisme Jerman. Dia meninggal dunia
sebelum menghabiskan novelnya, Heinrich von
Ofterdingen.
TARIAN DABUS, tarian tradisional negeri Perak. Tarian yang berunsur keagamaan ini berasal dari negeri Arab. Ia dipercayai diperkenalkan oleh pengikut Sayidina Ali (kaum Syiah), untuk menakutkan pihak musuh. Para penarinya menggunakan dabus (senjata tajam) untuk memperlihatkan kehandalan dan kepahlawanan. Sehubungan dengan itu, unsur-unsur ilmu pertapaan dan mistik tidak dapat dielakkan dalam tarian ini dalam usaha untuk menonjolkan kekebalan diri. Mereka tidak berasa sakit walaupun dicucuk atau ditusuk dengan senjata yang tajam.
Solomon’s-seal ialah tumbuhan tahan lasak yang
tumbuh di zon sederhana di Asia dan Amerika
Utara. Beberapa tumbuhan yang berkaitan rapat
juga diberi nama yang sama. Ia mendapat namanya
daripada batang akarnya yang tebal, menjalar, yang
mengeluarkan parut ketumbuhan yang menyerupai
mohor raja Solomon yang mistik.
Thanks for clicking. That felt good.