Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mod] | مود

Definisi : (Komp) salah satu pilihan kaedah atau cara pengendalian pemprosesan sistem; ~ capaian pilihan tertentu drpd pelbagai kaedah capaian ingatan yg boleh dilakukan dlm sistem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mod] | مود

Definisi : ist 1 nilai atau nombor yg paling banyak kali wujud dlm sesuatu siri pemerhatian atau data statistik. 2 salah satu pilihan kaedah atau cara pengendalian pemprosesan sistem komputer. ~ capaian mod tertentu drpd pelbagai kaedah capaian ingatan yg boleh dilakukan dlm sistem komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mod


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOD

Mod dalam statistik, ialah nilai mana-mana

kumpulan yang muncul paling kerap. Contohnya,

seorang budak mengira telur dalam 77 sarang

burung. Dia mendapati empat sarang mempunyai

sebiji telur dalam setiap sarang, 65 sarang

mempunyai dua biji telur, lima sarang

mempunyai tiga biji telur, dan tiga sarang

mempunyai empat biji telur. Sarang yang

mempunyai dua biji telur ialah yang paling

banyak. Oleh yang demikian, dua ialah mod atau

nilai mod dalam kumpulan nombor ini. Mod ialah

nombor purata yang digunakan dalam bidang

statistik.

UMUM 
MIN

Min, dalam statistik, ialah jumlah siri nombor yang

dibahagikan dengan bilangannya. Katakan terdapat

lima orang wanita yang berat masing-masing ialah 67,

62, 68, 69, dan 64 kilogram. Jumlah keseluruhan berat

mereka ialah 330 kilogram. Bahagikan jumlah ini

dengan 5, iaitu bilangan wanita: 330 ÷ 5= 66. Min siri

nombor ini ialah 66 dan berat min wanita-wanita

berkenaan ialah 66 kilogram. Berat 66 kilogram ini

dapat digunakan untuk mewakili perbezaan berat

kelima-lima wanita tersebut, walaupun tidak ada yang

mempunyai berat 66 kilogram. Min lazimnya disebut

sebagai purata aritmetik atau min aritmetik.

Lihat juga Median; Mod; Purata; Statistik

(Kebarangkalian).

UMUM 

Kembali ke atas