MOHOR BESAR | Mohor Besar, di United Kingdom, digunakan untuk menandakan pengesahan raja terhadap kebanyakan dokumen negara. Setiap raja memiliki Mohor Besar khas, sebagai tambahan kepada mohor privi dan meterai. Mohor diraja yang pertama ialah Mohor Edward the Confessor. Mohor William Si Penakluk menggambarkan raja menunggang kuda dan bersenjata. Selepas penaklukan England, dia menambah sebuah ‘mohor balas’ dengan gambar penabalannya. Kemudian, gambar raja ditabal menjadi bahagian depan mohor dan raja di atas kuda di bahagian belakang. Lord chancellor ialah penyimpan Mohor Besar. Apabila seseorang raja meninggal dunia, mohor itu dipecahkan, dan dibuat yang baru. | UMUM | |
MOHOR RAJA-RAJA MELAYU | | BUDAYA | Artifak/Mentifak |
CAP MOHOR PRIVI | | UMUM | |
PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA | PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA, orang yang bertanggungjawab sebagai setiausaha kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu diwujudkan setelah termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Satu majlis yang mengandungi raja-raja Melayu yang dikenal sebagai Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan dan setiausaha kepada majlis itu dinamakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu. Apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, jawatan ini dikenal sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Malaysia. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |
E PLURIBUS UNUM | E Pluribus Unum ialah cogan kata dalam bahasa Latin yang terdapat di muka hadapan Mohor Besar Amerika Syarikat. | UMUM | |
CAP | CAP, mohor untuk menurunkan bekas atau kesan tanda seperti tandatangan, nama dan sebagainya dan ditera di atas kertas, surat dan sebagainya. Perkataan ini berasal daripada perkataan Hindi ‘chappy’. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
SOLOMON'S-SEAL | Solomon’s-seal ialah tumbuhan tahan lasak yang tumbuh di zon sederhana di Asia dan Amerika Utara. Beberapa tumbuhan yang berkaitan rapat juga diberi nama yang sama. Ia mendapat namanya daripada batang akarnya yang tebal, menjalar, yang mengeluarkan parut ketumbuhan yang menyerupai mohor raja Solomon yang mistik. | UMUM | |
KILANG SYILING | Kilang syiling ialah tempat membuat duit syiling. Di kebanyakan negara, hanya kerajaan yang boleh mengeluarkan duit syiling. Di United Kingdom, Royal Mint bertanggungjawab mereka dan menyediakan duit syiling, mohor, pingat, dan barang perhiasan rasmi. | UMUM | |