Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.ni.tor] | مونيتور

Definisi : 1. alat utk mengawasi dan merakam­kan terus-menerus perjalanan dsb sesuatu serta memberi isyarat amaran tentang sesuatu ke­mungkinan yg tidak baik; 2. peti (spt peti tele­visyen) yg digunakan utk memaparkan data atau maklumat dr komputer, unit paparan video; memonitor mengawasi serta merakamkan terus-menerus perjalanan dsb sesuatu serta memberi isyarat amaran tentang sesuatu kemungkinan yg tidak baik; pemonitoran perihal (perbuatan) memo­nitor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.ni.tor] | مونيتور

Definisi : 1 alat utk mengawasi dan merakamkan peristiwa, perjalanan sesuatu, dsb secara terus-menerus serta memberi isyarat amaran ttg sesuatu kemungkinan yg tidak baik. 2 peti yg berupa spt peti televisyen yg digunakan utk memaparkan data atau maklumat dr komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata monitor


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONITOR

Monitor ialah nama bagi sekumpulan kira-kira 30

jenis cicak yang hidup di Kepulauan Solomon, New

Guinea, Australia, Hindia Timur, Asia Selatan, dan

Afrika. Di Australia, monitor dikenali sebagai

goanna . Monitor mempunyai kepala dan leher

yang panjang dan lidah yang sempit bercabang

dalam. Badannya berwarna hitam atau perang

berjalur-jalur, berbintik-bintik atau bertelau-telau.

Kakinya pendek dan kuat, dan hujung ekornya

seperti cemeti. Biasanya panjang monitor

sekurang-kurangnya satu meter. Satu spesies

biasanya komodo dragon, berukuran tiga meter

panjangnya. Ia hidup di Kepulauan Sunda Kecil, di

Indonesia.

UMUM 

Kembali ke atas