Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.no.ga.mi] | مونوݢامي

Definisi : amalan berkahwin dgn satu orang sahaja pd sesuatu masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.no.ga.mi] | مونوݢامي

Definisi : amalan berkahwin dgn seorang saja pd satu waktu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata monogami


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN TEMIAR

ADAT PERKAHWINAN TEMIAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Temiar di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Temiar tidak mempunyai istilah khusus untuk merujuk kepada perkahwinan kecuali perkataan ‘seklog’ yang bermaksud tidur atau tidur bersama. Masyarakat Temiar tidak membenarkan perkahwinan antara ahli keluarga dan saudara sedarah. Perkahwinan antara ahli keluarga yang rapat seperti sepupu juga tidak digalakkan.

            Secara umumnya masyarakat Temiar mengutamakan perkahwinan monogami, tetapi poligami khususnya poligini masih diterima oleh masyarakat ini. Perkahwinan secara endogami juga banyak berlaku berbanding dengan eksogami. Dari segi umur, orang lelaki biasanya berumur 16 tahun manakala orang perempuan lebih muda daripada itu. Selepas berkahwin, pasangan suami isteri biasanya akan membentuk keluarga asas sendiri.

 

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas