Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mon.sun] | مونسون

Definisi : 1. angin bermusim di Asia Selatan yg bertiup dr Barat Daya pd musim panas dan Timur Laut pd musim sejuk; 2. musim hujan sewaktu monsun Barat Daya bertiup dr bulan April hingga Oktober. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mon.sun] | مونسون

Definisi : angin bermusim yg bertiup di Lautan Hindi, iaitu dr bahagian barat daya dr bulan April hingga Oktober, dan dr bahagian timur laut dr bulan November hingga Mac. iklim ~ iklim yg terdapat di kawasan yg dipengaruhi oleh monsun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata monsun


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONSUN

Monsun ialah angin bermusim yang bertiup di

bahagian utara Lautan Hindi, terutama di Laut Arab

serta kebanyakan kawasan daratan di sekelilingnya.

Angin monsun bertiup sepanjang masa dari arah

barat daya pada bulan April hingga Oktober. Ia

bertiup dari arah timur laut pada bulan November

hingga Mac.

UMUM 
HUTAN MONSUN TROPIKA

Hutan Monsun Tropika. Hutan yang tumbuh di kawasan monsun tropika yang mengalami musim lembap dan musim kering yang nyata dan panjang.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIFlora dan Fauna
TELUK BENGGALA

Teluk Benggala ialah bahagian utara Lautan

Hindi, yang bersempadan dengan India,

Bangladesh, dan Myanmar. Sungai-sungai yang

mengalir masuk ke teluk ini termasuk Sungai

Gangga, Brahmaputra, dan Irrawaddy. Bandar

pelabuhan yang penting di teluk ini ialah Calcutta,

Madras, dan Rangoon. Pantai baratnya mempunyai

sedikit pelabuhan. Pantai timurnya agak berbeza.

Kepulauan Andaman dan Nicobar serta

Kepulauan Mergui terletak di timur

teluk ini. Rangkaian kepulauan gunung

berapi terletak di luar pantai Burma. Siklon yang diiringi

ombak gadang ada kalanya berlaku di

teluk ini pada penghujung musim

monsun (September/Oktober).

UMUM 
PATANI

PATANI, sebuah negeri di bawah Kesultanan Melayu Patani, di selatan Thailand pada pertengahan abad ke-15.  Patani terletak di kawasan tepi pantai Laut China Selatan. Tanjung Patani digunakan sebagai tempat kapal perdagangan berlabuh pada musim monsun, sementara Sungai Patani ialah jalan perhubungan utama.  Majoriti penduduk Patani terdiri daripada orang Melayu beragama Islam, manakala orang Siam dan Cina adalah penduduk minoriti.  Selain golongan bangsawan dan golongan pemerintah, kebanyakan orang Melayu adalah petani dan nelayan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas