MEMORIAL | Memorial mungkin berbentuk patung, monumen, bangunan, atau taman. Untuk maklumat tentang memorial yang khusus, lihat rencana berikut dalam Ensiklopedia Dunia: Arc de Triomphe; Monumen; Monumen Washington; Statue of Liberty. | UMUM | |
MONUMEN | Monumen ialah struktur, biasanya bangunan atau patung, yang dibina untuk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa. Monumen Kebangsaan ialah tempat bersejarah, saintifik, atau pemandangan menarik yang dirizab oleh kerajaan sebagai harta awam. Ini termasuk struktur seperti istana bersejarah dan ciri-ciri semula jadi seperti ngarai. | UMUM | |
MONUMEN MEGALIT | Monumen megalit ialah binaan yang dibuat daripada batu besar oleh orang prasejarah untuk kubur ataupun untuk tujuan keagamaan. Perkataan megalit bererti batu besar. Batu itu mungkin seberat dari 25 tan hingga 90 tan metrik tiap-tiap satu. Monumen megalit boleh dijumpai di beberapa bahagian di dunia. Monumen yang paling terkenal terdapat di barat Eropah dan dibina antara tahun 4000 S.M. dan tahun 1500 S.M. | UMUM | |
MONUMEN KEBANGSAAN WHITE SANDS | Monumen Kebangsaan White Sands terletak di selatan New Mexico, Amerika Syarikat. Ia terdiri daripada timbunan besar pasir gipsum yang diterbangkan angin lalu membentuk bukit pasir (gumuk). Ketika cahaya terang, bukit pasir ini kelihatan seperti padang salji yang luas. Monumen ini diwartakan pada tahun 1933. | UMUM | Umum |
MONUMEN WASHINGTON | Monumen Washington ialah binaan batu obelisk yang besar untuk memperingati George Washington. Ia didirikan di Washington, D.C., berhampiran Sungai Potomac, kira-kira di pertengahan perjalanan antara Capitol dengan Memorial Lincoln. | UMUM | |
AMANAH NASIONAL | Amanah Nasional ialah organisasi-organisasi yang dibentuk untuk melindungi dan memelihara bangunan, landskap, monumen, dan artikel-artikel yang dianggap mempunyai keistimewaan seni, saintifik, atau nilai sejarah. | UMUM | |
ARGYLL DAN BUTE | Argyll dan Bute (pend. 65 100) ialah sebuah kawasan kerajaan tempatan di barat Scotland. Kawasan ini ialah tapak monumen bersejarah, termasuk kubu prasejarah, kubur Zaman Gangsa, lingkaran batu tegak, dan biara purba. Landskapnya yang indah dan garis pantai yang meluas menarik ramai pelancong. Satu per empat daripada penduduknya tinggal di pulau terutamanya Bute, Islay, dan Mull. Bandar utama termasuk Campbelltown, Dunoon, Lochgilphead, Oban, dan Rothesay. Kebanyakan penduduk bekerja dalam industri perkhidmatan dan selalunya berkaitan dengan pelancongan. Aktiviti lain yang penting termasuk pertanian, perhutanan, perikanan, penternakan ikan, dan pengeluaran wiski malt. | UMUM | |
CANDI BUKIT BATU PAHAT | CANDI BUKIT BATU PAHAT, monumen berusia lebih daripada 1000 tahun mengikut takrif Akta Bendapurba 1976, terletak di Lembah Bujang, Kedah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
CANDI BOROBUDUR | Candi Borobudur ialah stupa Mahayana Buddha yang terbesar dan terkenal di dunia. Ia dikategorikan antara monumen yang terhebat di dunia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA | Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, memorial yang menyimpan dan mempamerkan barang-barang milik Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ia ditubuhkan untuk mengingati dan mengenang jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada negara. Memorial ini menjaga, menyimpan, dan memulihara segala bahan-bahan arkib, muzium dan perpustakaan milik Tunku Abdul Rahman Putra dan hal-hal yang berkaitan dengannya, mempamerkan kepada pelawat bahan-bahan miliknya dan yang berkaitan dengannya,dan menyediakan kemudahan rujukan kepada penyelidik tentang sejarah perjuangan, jasa serta sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada negara. Memorial ini turut berperanan menimbulkan kesedaran dan nasionalisme kepada generasi sebagai monumen yang kekal sebagai peninggalan sejarah, dan untuk menjadikannya sebagai salah satu tarikan kepada pelancong. | UMUM | |