Motivasi lazimnya merujuk kepada apa sahaja yang menyebabkan seseorang itu bertindak atau berperilaku sebagaimana yang dilakukan pada sesuatu masa. Ramai orang mempunyai perasaan yang jelas terhadap bagaimanakah rasanya jika mereka dimotivasikan untuk melakukan sesuatu. Namun, ahli sains mendapati bahawa adalah amat susah hendak mendefinisikan motivasi. Apabila mengkaji motivasi, ramai di antara ahli psikologi dan ahli sains perilaku memfokus kepada dua aspek khusus perilaku yang dimotivasikan – iaitu pembangkitan perilaku dan arah tujuan perilaku itu. |