Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.Öa.lim] | معاليم

Definisi : Ar 1. orang yg ahli dlm agama, guru (agama); 2. (kapal) penunjuk jalan; 3. = ~ kapal jurumudi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.Öa.lim] | معاليم

Definisi : 1 orang yg ahli dlm hal agama. 2 penunjuk jalan (kapal): ~ kapal jurumudi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mualim
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :malim


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KIPANJIKUSMIN

KIPANJIKUSMIN, Penulis cerpen Indonesia. Dia lahir pada tahun 1941 di Indonesia. Namanya yang sebenar tidak diketahui. Kipanjikusmin adalah nama samarannya. Sebelum menceburi bidang penulisan, dia telah mengikuti pengajian di Akademi Pelayaran dan pernah menjadi mualim selama beberapa tahun.

SASTERATokoh
TUN MAI ULAT BULUTUN MAI ULAT BULU ( ? - ? ), salah satu watak dalam Sejarah Melayu.  Nama sebenar Tun Mai Ulat Bulu ialah Tun Mayuddin.  Dia adalah anak Tun Zainal dan cucu kepada Bendahara Paduka Raja Tun Perak.  Tun Mai Ulat Bulu berani berdebat dengan gurunya kerana mempertahankan kewibawaan bahasa Melayu.  Dia telah berusaha memperdalami ilmu agama dan bahasa Arab dengan berguru kepada Makhdum Sadar Jahan, seorang mualim dan pendeta dari Jeddah yang telah datang ke Melaka untuk berdagang sambil berdakwah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PENGAJIAN MELAYU DI ITALI

PENGAJIAN Melayu DI ITALI, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Itali ditubuhkan pada tahun 1964, oleh seorang orientalis Itali yang terkemuka, Y. Bhg. Prof. Allesandro Bausani, di Instituto Universitario Orientale di Napoli, sebuah universiti yang khusus mengendalikan kursus bahasa dan budaya Asia dan Afrika.  Universiti itu juga merupakan satu-satunya universiti yang mengajar kursus bahasa dan sastera Melayu-Indonesia.  Pengajaran ini dikendalikannya sendiri sejak tahun 1964 hingga tahun 1969.  setelah itu, kursus ini dikendalikan oleh Y. Bhg. Prof. L. Santa Maria sejak tahun 1969 hingga kini.  Minat orang Itali terhadap bahasa Melayu sebenarnya bermula pada abad ke-16, iaitu ketika Antonio Pigafetta, seorang mualim kapal, mengelilingi dunia bersama-sama kapten kapal Portugis, Fernao de Magalhaes.

BAHASAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas