MUARA PENTLAND | Muara Pentland ialah laluan laut yang sempit di utara Scotland. Muara ini memisahkan Kepulauan Orkney dengan Wilayah Tanah Tinggi di tanah besar Scotland. Di bahagiannya yang paling sempit, iaitu di antara Tanjung Duncansby dan Brough Ness, muaranya hanya selebar kira-kira 10 kilometer. | UMUM | |
OMBAK MUARA | Ombak muara ialah air yang mengalir deras dalam teluk atau muara disebabkan oleh pasang surut yang cepat. | UMUM | |
RÍO DE LA PLATA | Río de la Plata ialah sebuah muara atau teluk yang berbentuk corong, yang dibentuk oleh Sungai Paraná dan Sungai Uruguay, di pinggir laut tenggara Amerika Selatan. Teluk ini mengunjur ke barat laut dari Lautan Atlantik, sepanjang lebih kurang 270 kilometer. Air dalam jumlah yang banyak mengalir ke teluk, dari Sungai Paraná dan Sungai Uruguay, dan terjadilah arus yang deras. Banyak tempat yang cetek membahayakan bot yang belayar di sepanjang sungai. Pelabuhan semula jadi Montevideo, di Uruguay, terletak berhampiran muara teluk itu yang lebarnya 225 kilometer. Teluk di bahagian Argentina, iaitu di Buenos Aires dan La Plata, limbungan kapal yang besar telah dibina dan terusan yang dalam telah dikorek. | UMUM | |
ABERYSTWYTH | Aberystwyth, tempat percutian tepi pantai yang popular di Dyfed, ialah pusat kebudayaan dan pendidikan Wales. Bandar ini terletak di pantai Teluk Cardigan, di muara Sungai Rheidol dan Sungai Ystwyth. Aberystwyth dalam bahasa Wales bermakna Muara Sungai Ystwyth . Salah sebuah kolej University of Wales terletak di Aberystwyth. Beberapa jabatan universiti dan National Library of Wales terdiri di atas bukit di belakang bandar ini. | UMUM | |
NEWCASTLE | Newcastle (pend. 293 368) terletak di muara Sungai Hunter, 160 kilometer ke utara Sydney, Australia . Newcastle ialah salah sebuah bandar yang terbesar di New South Wales. Bandar Newcastle mempunyai keluasan 215 kilometer persegi dan penduduknya termasuk 129 490 orang yang tinggal di 18 buah kawasan subbandar. Kawasan bandar (metropolitan) meliputi lebih daripada 958 kilometer persegi. Lebih daripada 30 buah kawasan subbandar terletak ke selatan dan ke barat daya bandar ini di City of Lake Macquarie (Bandar Tasik Macquarie), yang merupakan bahagian yang paling pesat pertumbuhannya di kawasan Newcastle. | UMUM | |
IKAN SINAR-X | Ikan sinar-x ialah ikan karnivor kecil yang hidup di bahagian muara Sungai Amazon, termasuk di perairan yang agak masin. | UMUM | Umum |
DEMANG LEBAR DAUN | Demang Lebar Daun (? – ?), mangkubumi kerajaan Palembang. Dia menguasai Muara Tatang (Batanghari), hulu Sungai Melayu. Bukit Siguntang terletak di kawasan ini. Menurut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun ialah orang yang pertama menggunakan bahasa diraja seperti ‘Yang Dipertuan’ dan ‘Patik’ dalam perbualannya. | UMUM | |
EMPANGAN DNEPROGES | Empangan Dneproges, empangan konkrit yang besar di Ukraine, terletak 320 kilometer dari muara Sungai Dnepr. Empangan ini membekalkan kuasa hidroelektrik bagi kebanyakan lombong dan industri di republik itu. | UMUM | |
SUNGAI MISSOURI | Sungai Missouri ialah sungai terpanjang di Amerika Syarikat. Sungai ini mengalir 4090 kilometer dari puncaknya di Red Rock Creek di barat daya Montana hingga ke muara Sungai Mississippi. Sungai Missouri mengairi kawasan seluas kira-kira 1 371 100 kilometer persegi. Lembangan saliran ini meliputi keseluruhan atau sebahagian daripada 10 negeri di Amerika Syarikat dan dua provinsi di Kanada. Sungai ini adalah berlumpur. Penjelajah awal dan Orang Asli Amerika menamakannya Big Muddy dan peladang menyifatkannya sebagai “terlalu tebal untuk diminum dan terlalu nipis untuk dibajak”. Sungai Missouri diberi nama sempena nama Orang Asli Missouri, salah satu puak yang tinggal berhampiran dengan muara sungai ini. | UMUM | |
NANTES | Nantes (pend. 252 029; pend. kaw. met. 492 225), ialah bandar pelabuhan di barat Perancis, berhampiran muara di Sungai Loire. Untuk lokasi Nantes, lihat Perancis (peta politik). Terusan yang dilalui oleh kapal yang menghubungkan bandar ini dengan pelabuhan St. Nazaire di Teluk Biscay, merupakan serokan Lautan Atlantik. | UMUM | |