Suva (pend. 71 608), ibu negeri dan bandar terbesar di Fiji, sebuah negara yang terdiri daripada gugusan kepulauan berjumlah lebih 800 buah pulau di Lautan Pasifik Selatan. Bandar Suva terletak di bahagian tenggara pantai pulau Viti Levu, pulau terbesar di Fiji. Untuk lokasi, lihat Fiji (peta). Suva ialah pelabuhan utama dan pusat perdagangan terpenting Fiji. Kapal berlabuh di Suva mengambil muatan kelapa kering dan buah-buahan tropika. Kapal-kapal pelancongan juga singgah di pelabuhan ini. Kilang-kilang di Suva menapis gula, serta menghasilkan minyak kelapa, pakaian dan sabun. Muzium Fiji terletak di Taman Botani. University of the South Pacific juga terletak di Suva. Lihat juga Fiji (gambar). |