Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.


Lihat selanjutnya...(111)
Peribahasa

Rambut sudah dua macam,
     lagi juga berbanyak ragam.

Bermaksud :

Orang tua atau setengah umur berkelakuan seperti orang muda-muda.

 

Lihat selanjutnya...(46)

374

All men must die

Semua orang pasti mati.

Mumbang jatuh, kelapa jatuh

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun mumbang jatuh, kelapa jatuh. Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EMPANGAN SUNGAI MUDA

Empangan Sungai Muda ialah sebuah

empangan utama yang digunakan untuk Skim

Pengairan Sungai Muda di Dataran Kedah.

UMUM 
KOTA KUALA MUDA

KOTA KUALA MUDA, kota yang pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Kedah. Kota ini terletak di pekan Kuala Muda berhampiran dengan Sungai Mas dan Kuala sungai Muda. Kota ini dikatakan dibina pada abad ke-17. Satu hipotesis dapat diandaikan bahasa Kota Kuala Muda dibina oleh Sultan Mohammad Jiwa (1710-1760). Kota Kuala Muda dibina sebagai pusat perniagaan dan pintu keselamatan di bahagian selatan negeri Kedah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
ISKANDAR MUDA UMUM 
ORKES SIMFONI MUDA BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
IJAZAH SARJANA MUDA UMUM 
HIKAYAT NAKHODA MUDA SASTERAKarya
PERSATUAN SASTERAWAN MUDA TERENGGANU (PELITA)Persatuan Sasterawan Terengganu.SASTERAInstitusi/Organisasi
RAKAN MUDAProjek khas untuk golongan mudaSUKANKegiatan
DAGING LEMBU MUDA

Daging lembu muda ialah makanan yang

mahal harganya dan terdapat di beberapa buah

negara Eropah. Daging ini mahal kerana ia lembut

dan cerah warnanya.

UMUM 
KESATUAN MELAYU MUDA

Kesatuan Melayu Muda (KMM) ialah

parti politik yang diasaskan oleh pemimpin-pemimpin

nasionalis radikal Melayu pada tahun

1938. Presiden pertamanya ialah Ibrahim Yaakob.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas