Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PROJEKTOR

Projektor ialah alat yang digunakan untuk

menayangkan gambar pada layar atau skrin. Jenis

projektor biasa ialah alat untuk menayangkan slaid

fotograf. Projektor yang paling mudah terdiri

daripada: (1) cahaya, (2) pemantul yang memfokuskan

cahaya, (3) kanta pemfokus dan

(4) kanta projektor.

UMUM 
SUMPITANKapsyen1">          :1">           Sumpitan digunakan sebagai alat memburu bagi suku kaum Penan

 

SUMPITAN, senjata yang diperbuat daripada buluh yang digunakan oleh Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan suku kaum peribumi di Sabah dan Sarawak.  Sumpitan diperbuat daripada buluh yang lurus dan beruas panjang.  Buluh ini diproses dan segala yang menghalang lubangnya dibersihkan.  Untuk mengelakkannya daripada dimakan bubuk atau serangga, buluh ini dilayur di atas bara api dan dipusing-pusingkan dari pangkal hingga ke hujung.  Sekiranya ruas buluh itu pendek, ia akan disambung dan saluran dalamannya hendaklah sama supaya mudah mengenai sasarannya.  Panjang sebatang sumpitan yang baik ialah antara 2 m hingga 3.7 m.

BUDAYAAlat/Alatan
TERUSAN WAN MAT SAMANat Saman ialah sebuah

terusan di Kedah yang berfungsi mengalirkan air

dari terusan itu ke kawasan penanaman padi.

Panjang Terusan Wan Mat Saman dianggarkan

36 kilometer, iaitu bermula dari Alor Setar hingga

ke Gunung Jerai. Lebarnya pula ialah 7 meter dan

dalamnya ialah 1.5 meter. Dengan adanya Terusan

Wan Mat Saman, sawah yang sebelum ini

bergantung kepada air hujan, mendapat bekalan

air dari Gunung Jerai dan Sungai Kedah. Apabila

berlaku musim hujan dan air berlebihan, dengan

mudah air dari terusan ini dapat dialirkan ke laut.

UMUM 

Kembali ke atas