Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEKNIK HAND LAY-UPTeknik penghasilan bahan komposit yang paling banyak digunakan. Teknik ini dilakukan secara insani. Cara pengendaliannya mudah .KEJURUTERAANKaedah
PITA BRID

Pita brid atau pintalan adalah salah satu

daripada cara yang paling mudah untuk menjalin

yan atau serat-serat lain. Seseorang yang

menggunakan teknik ini membrid tiga atau lebih

serat dengan melalukan setiap satunya secara

melintang di atas dan di bawah satu atau lebih

serat lain. Kini kebanyakan brid hiasan dibuat

dengan mesin khas dan alat tambahan pada

mesin.

UMUM 
ARITMETIK

Aritmetik memberi jawapan kepada soalan

seperti ‘Berapa banyak?’ ‘Berapakah harganya?’

dan ‘Berapa jauh?’ Ia membantu kita mendapatkan

cara yang ringkas dan mudah untuk

menyelesaikan masalah dengan nombor.

Aritmetik kadangkala disebut ‘sains nombor’ dan

‘seni pengiraan’. Ia membentuk satu cabang

penting matematik (lihat Matematik ).

UMUM 
TATABAHASA

Tatabahasa ialah satu set prinsip yang dengannya

bahasa berfungsi. Tatabahasa menjadi panduan cara

perkataan boleh disusun dan diubah supaya kita

boleh berkomunikasi dengan mudah dan tepat.

Semua bahasa tidak berfungsi dengan cara yang

sama. Bahasa Latin amat bergantung pada perubahan

bentuk perkataan. Bahasa China menekankan nada

suara penutur. Bahasa Inggeris menekankan tertib

perkataan. Bagaimanapun, semua ciri ini, sedikit

sebanyak, termasuk dalam banyak bahasa.

UMUM 
NAPIER, JOHN

Napier, John (1550–1617), Laird Merchiston, ialah

ahli matematik Scotland. Dia membina cara

pengiraan pantas yang digunakan dalam bidang

astronomi, trigonometri, pelayaran, pembuatan

peta dan pengukuran. Napier menemui cara

mendarab nombor dengan mudah, iaitu

mencampurkannya dengan nombor lain, serta

menyamakan nombor yang dinamakannya

logaritma (lihat Logaritma ). Logaritma digunakan

untuk menjelaskan secara matematik banyak

fenomena semula jadi. Napier juga mencipta “rod”

atau “tulang” yang boleh disusun untuk pengiraan

aritmetik. Dia lahir berhampiran Edinburgh,

Scotland.

UMUM 
TEKNOLOGI

Teknologi merujuk kepada semua cara manusia

menggunakan rekaan dan penemuan mereka untuk

memenuhi keperluan dan keinginan mereka. Sejak

manusia wujud di bumi, mereka terpaksa bekerja

untuk mendapatkan makanan, pakaian, dan tempat

berteduh. Manusia juga terpaksa bekerja untuk

memenuhi keinginan masa lapang dan keselesaan

mereka. Sepanjang zaman, manusia mereka alat,

mesin, bahan, dan teknik untuk menjadikan kerja

lebih mudah. Manusia juga menemui kuasa air, kuasa

elektrik, dan lain-lain sumber kuasa yang

meningkatkan kadar kerja mereka. Oleh itu, teknologi

melibatkan penggunaan alat, mesin, bahan, teknik,

dan sumber kuasa untuk menjadikan kerja lebih

mudah dan lebih produktif. Komunikasi moden dan

pemprosesan data juga bergantung pada teknologi,

terutamanya elektronik.

UMUM 
ASETILENA

Asetilena ialah gas yang tidak berwarna dan

mudah menyala, biasanya digunakan untuk

membuat kerja kimpalan dan untuk menghasilkan

sebatian kimia lain. Formula kimianya ialah C 2 H 2 .

Asetilena juga menjadi racun sekiranya terhidu.

Gas ini juga akan meletup apabila bercampur

dengan udara. Ahli kimia Inggeris, Edmund Davy,

mula mengeluarkan asetilena dalam tahun 1836.

Namun gas ini dilupakan hingga tahun 1860,

apabila ahli kimia Perancis, Marcelin Berthelot,

menemui satu cara untuk mensintesis gas ini

daripada karbon dan hidrogen, dengan

menggunakan arka elektrik.

UMUM 
SIMPULAN GORDIAN

Simpulan Gordian, merupakan satu simpulan

yang rapi dalam mitologi Yunani. Seorang rakyat

Phrygia bernama Gordius menggunakannya untuk

mengikat lembunya pada pedati. Mengikut mitos,

Gordius dilantik sebagai raja Phrygia kerana

nasihat ahli ramal. Sebuah legenda menceritakan

barang siapa yang boleh membuka simpulan

Gordian akan memerintah Asia. Ramai orang

mencubanya tetapi gagal. Akhirnya Iskandar

Agung memotong simpulan itu dengan

pedangnya, dan mengisytiharkan bahawa dia

telah memenuhi ramalan tersebut. Gordius ialah

ayah kepada Midas, yang sentuhannya boleh

menukarkan semua benda menjadi emas.

Ungkapan memotong simpulan Gordian

bermakna menyelesaikan masalah yang sukar

dengan cara yang mudah.

UMUM 
TEMPE

TEMPE, sejenis makanan yang dibuat daripada kacang soya yang diragikan. Tempe popular di kalangan masyarakat Jawa. Ia adalah makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Tempe yang dijual di pasar dibungkus berkeping-keping menggunakan daun ketapang. Kini, ada juga tempe yang dibungkus di dalam sarung plastik. Cara ini memang mudah, tetapi rasa tempe tidak sebegitu enak berbanding dengan tempe yang dibungkus di dalam daun.

BUDAYAKonsep
MAKANAN AWET

MAKANAN AWET, makanan yang tidak mudah rosak dan boleh tahan lama. Makan diawet dengan cara disangai, disalai, dijeruk, diperam, dimasak  atau direndam dengan gula, garam atau cuka. Bahan pengawet utama bagi makanan ialah garam.

BUDAYAMakanan
12

Kembali ke atas