MIKA | Mika ialah nama sekumpulan mineral yang mengandungi atom aluminium, oksigen dan silikon yang diikat menjadi kepingan yang leper. Mika mempunyai belahan yang sempurna iaitu, ia membelah dengan licin kepingan atau lapisan menjadi yang nipis. Kepingan mika adalah kukuh, mudah lentur dan anjal. Mika boleh jadi tidak berwarna atau berwarna hitam, perang, hijau atau ungu. | UMUM | |
KULIT | Kulit ialah sejenis bahan yang kuat dan mudah lentur, yang diperbuat daripada kulit haiwan. Kulit lembu merupakan sumber utama kulit selain kulit rusa, kambing, babi dan biri-biri yang digunakan dengan meluas. Kulit yang istimewa diperbuat daripada kulit buaya, jerung dan ular. Proses menukar kulit haiwan menjadi barangan kulit untuk membuat objek yang berguna disebut penyamakan. | UMUM | |
DAWAI | Dawai ialah rod logam yang panjang, halus, dan boleh lentur yang keratan rentasnya adalah sekata. Hanya logam mulur, atau logam yang mudah ditarik, boleh digunakan untuk membuat dawai. Logam mulur yang utama ialah tembaga, keluli, loyang, tungsten, emas, perak, dan aluminium. | UMUM | |