Simpulan Gordian, merupakan satu simpulan yang rapi dalam mitologi Yunani. Seorang rakyat Phrygia bernama Gordius menggunakannya untuk mengikat lembunya pada pedati. Mengikut mitos, Gordius dilantik sebagai raja Phrygia kerana nasihat ahli ramal. Sebuah legenda menceritakan barang siapa yang boleh membuka simpulan Gordian akan memerintah Asia. Ramai orang mencubanya tetapi gagal. Akhirnya Iskandar Agung memotong simpulan itu dengan pedangnya, dan mengisytiharkan bahawa dia telah memenuhi ramalan tersebut. Gordius ialah ayah kepada Midas, yang sentuhannya boleh menukarkan semua benda menjadi emas. Ungkapan memotong simpulan Gordian bermakna menyelesaikan masalah yang sukar dengan cara yang mudah. |