Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.di/] | موديق

Definisi : 1. (pergi, belayar) ke hulu sungai, (pergi, belayar) ke udik: marilah kita ~ ke hulu sungai ini; 2. Jk pulang ke kampung (dusun dll); sehilir se~ setuju, sepakat; belum tentu hilir ~nya prb belum tentu ke­putusan atau kesudahan sesuatu perkara; di ~ sebulakan, di hilir semuara prb persatuan yg kukuh; ke ~ tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya prb sesuatu maksud atau niat hen­daklah tentu tujuannya; tiada dibawa orang sehilir se~ prb dipulaukan drpd masyarakat; bermudik belayar ke hulu sungai: di sungai Sarawak inilah tempat ~ kapal wap Royalist milik Brooke; memudiki belayar mudik (sesuatu sungai): kapal boleh ~ Sungai Irrawadi hingga ke Bhamo; memudikkan menjalankan perahu ke hulu sungai: kerana arus yg deras, ia tidak dapat ~ perahunya; termudikkan dapat dimudiki: jikalau tidak ~ oleh sahaya, bukanlah sahaya putera mar-hum yg mangkat di Buantan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.di/] | موديق

Definisi : belayar atau pergi ke hulu sungai: Dr Teluk Intan, mereka ~ sampai ke Karai. memudiki belayar mudik di (sesebuah sungai): Setelah dua hari ~ sungai itu, sampailah mereka di tempat yg dituju. memudikkan menjalankan (perahu dll) ke hulu sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudik (kata kerja)
Bersinonim dengan ke hulu, ke udik;,

Puisi
 

Mudik ke hulu sekah durian,
     Hanyut kulit bertali-tali;
Duduk dulu nikah kemudian,
     Boleh anak tidak berwali.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Ke mudik tentu hulunya,
     ke hilir tentu muaranya.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI AISNE

Sungai Aisne ialah sungai yang terletak di timur

laut Perancis. Sungai ini bermula dari hutan

Argonne berhampiran Ste. Menehould. Ia mengalir

ke utara dan kemudian ke barat sebelum memasuki

Sungai Oise berhampiran Compiègne. Sungai Aisne

sepanjang kira-kira 290 kilometer. Sampan kecil

dapat mudik di sepanjang sungai ini. Terusan pula

menjadi penghubung Sungai Aisne dengan Sungai

Seine dan Sungai Meuse. Dalam Perang Dunia I, tiga

pertempuran hebat berlaku di lembah Sungai Aisne.

UMUM 
SUNGAI PARANÁ

Sungai Paraná ialah sungai kedua terpanjang di

Amerika Selatan selepas Sungai Amazon.

Panjangnya kira-kira 4000 kilometer. Sungai Paraná

berpunca di selatan Brazil, iaitu pertemuan Sungai

Rio Grande dan Sungai Paranaiba. Dari sini, Sungai

Paraná mengalir ke selatan melalui Brazil dan

sepanjang sempadan di antara Brazil dengan

Paraguay. Kemudian sungai ini menjadi sempadan

di antara Paraguay dengan Argentina dan mengalir

melalui Argentina. Sungai ini masuk ke Lautan

Atlantik melalui muara yang dikenali sebagai

Sungai Plata (Rio de la Plata). Kapal boleh mudik

melalui muara itu dan terus sampai ke Paraná

sejauh Rosario, Argentina, iaitu 640 kilometer dari

Lautan Atlantik. Sungai Paraguay ialah cabang

utama Sungai Paraná. Lihat juga Rio de la Plata;

Sungai Paraguay.

UMUM 
WAN ALI KUTANWAN ALI KUTAN (1820-1913-an), ulama.  Nama sebenarnya ialah haji Wan Muhammad Alli bin Wan Abd. Rahman bin Wan Abd. Ghafur. Dia lahir di Kampung Kutan, sebuah kampung di sebelah kanan mudik Sungai Kelantan, tidak jauh di sebelah hulu Bandar Kota Bharu.   SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas