Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.hi.bah] | محبه

Definisi : Ar 1. percintaan, kasih mesra: me-lahirkan ~ dan kasih mesra; 2. perasaan persahabatan dan kemesraan: bersedekah ialah satu drpd amal kebajikan yg membawa kpd bertambah teguh rasa ~ antara satu sama lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.hi.bah] | محبه

Definisi : 1 perasaan persahabatan dan kemesraan: Berbagai-bagai cara telah dijalankan oleh kerajaan utk memupuk ~ antara kaum. 2 perasaan sangat sayang kpd seseorang; cinta; kasih mesra. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muhibah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan harmoni, kerukunan, kesejahteraan, kebahagiaan, kasih mesra, kasih sayang, percintaan;,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOROPTIMIST INTERNATIONAL

Soroptimist International ialah sebuah

organisasi perkhidmatan untuk ahli perniagaan,

eksekutif, dan profesional wanita yang terbesar di

dunia. Kelab ini mempunyai kira-kira 75 000 orang

ahli daripada lebih 75 buah negara. Hanya mereka

yang dipelawa sahaja yang boleh menjadi ahli.

Kelab ini mempunyai enam bidang aktiviti yang

utama: pembangunan ekonomi dan sosial,

pendidikan, alam sekitar, kesihatan, hak asasi

manusia, dan kemajuan taraf kaum wanita, serta

perasaan muhibah dan persefahaman antarabangsa.

Organisasi ini mengandungi empat persekutuan –

meliputi Amerika, Eropah, Great Britain, dan

Ireland, serta kawasan Barat Daya Pasifik. Kelab

pertama telah diberikan piagam pada tahun 1921 di

Oakland, California, Amerika Syarikat.

UMUM 
NOVEL REMAJA

NOVEL REMAJA, karya sastera genre prosa untuk bacaan remaja dalam lingkungan usia 13 hingga 20 tahun. Novel remaja mempunyai ketebalan antara 120 hingga 200 halaman. Seperti novel kanak-kanak, novel remaja juga menampilkan tema pengembaraan atau adventur, keluarga, sejarah, fantasi, cereka sains, kegamaan, muhibah, penyiasatan atau detektif, kerjaya, dunia pelajar, seram, biografi dan autobiografi.

SASTERAPenerbitan
EMHA AINUN NADJIB

EMHA AINUN NADJIB (153 -          ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 27 Mei 1953 di Jombang, Jawa Timur, Indonesia. Dia juga menggunakan nama Joko Umbran. Nama sebenarnya ialah Muhammad Ainun Nadjib. Dia mendapat pendidikan awal di Pondok Pesantren Gontor (1967 – 1968). Pada waktu itu, dia baru berusia 14  tahun tetapi sudah mula menulis untuk ruang majalah dinding dan menyertai pertandingan pidato. Kemudian di melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Atas (SMA) Muhammadiyah di Yogyakarta (1969-1971). Pada tahun 1972, dia melanjutkan pelajarannya ke Fakultas Ekonomi Universitas Gadjah Mada (hanya empat bulan). Ketika di SMA, dia mulai menulis sajak dan tersiar dalam akhbar harian Masa Kini, Berita Nasional  dan majalah Muhibah (UII) di Yogyakarta. Dia juga menulis cerita pendek yang tersiar dalam Mingguan Pagi Yogya dan MIDI di Jakarta.

SASTERATokoh

Kembali ke atas