Semenanjung Kamchatka menganjur ke arah selatan dari timur Siberia, Rusia, di antara Laut Bering dengan Laut Okhotsk. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta muka bumi). Luas semenanjung ini kirakira 350 000 kilometer persegi dengan penduduk kira-kira 422 000 orang. Di sepanjang semenanjung ini terdapat banjaran gunung berapi. Semenanjung ini dilitupi oleh hutan tebal. Perikanan dan perburuan merupakan industri utamanya. Kawasan ini membekalkan kulit beruang, sabel, musang, memerang, otter, dan singa laut. Anak sungainya mengandungi banyak ikan salmon. Di pantai baratnya terdapat beberapa kawasan penangkapan ketam yang utama. |