Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.qad.di.mah]/[mu.ka.di.mah] | مقدمه

Definisi : Ar kata pengantar, prakata; 2. pendahuluan dlm sesuatu ujaran atau wacana; bermukadimah memberikan atau meng­ucapkan mukadimah (dlm sesuatu pertemuan dsb): setelah ~ dgn ucapan alu-aluan oleh pengerusi, perbincangan terus dimulakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.qad.di.mah]/[mu.ka.di.mah] | مقدمه

Definisi : kata pendahuluan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mukadimah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kata pengantar, pendahuluan, prakata, permulaan, prolog, kata.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR, undang-undang tertinggi yang dibuat dan diluluskan oleh badan berkuasa tertinggi bagi menguruskan hal ehwal negeri Johor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.  Ia diakui sebagai undang-undang tertinggi negeri Johor.  Bahagian mukadimah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini memperuntukkan bahawa dengan kuasa yang ada, maka diperturunkan undang-undang dan peraturan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan negeri dan ia hendaklah dipakai berterusan, diwarisi dan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya.  Undang-undang ini hendaklah diterima pakai oleh semua anak negeri dan keengganan seseorang untuk mengakuinya atau mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SYAIR PERANG INGGERIS DI BETAWI

SYAIR PERANG INGGERIS DI BETAWI, puisi Melayu tradisional. Syair ini merupakan hasil kesusasteraan Melayu lama berbentuk puisi, yang bercorak sejarah. Ia juga dikenali dengan nama Syair Inggeris Menyerang Kota dan Syair Perang Betawi.  Syair ini terdiri daripada 435 buah rangkap termasuk dua rangkap mukadimah dan satu rangkap kolofon. Syair ini menggunakan bahasa Melayu-Jawa, bahasa Arab, parsi, Tamil dan Sanskrit. Syair Perang Inggeris di Betawi selesai dikarang pada 12 Muharam 1231 H (sekitar tahun 1815).

SASTERAKonsep

Kembali ke atas