Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mulai dari


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SWETTENHAM, SIR FRANK

Swettenham, Sir Frank (1850–1946) ialah

pentadbir British yang diakui sebagai “bapa dan

pengasas Malaya moden”. Pada tahun 1874, dia

telah dilantik sebagai penolong residen (penasihat)

negeri Selangor. Mulai dari tahun seterusnya,

kerjayanya tertumpu pada Negeri-negeri Melayu

Bersekutu. Dia mendakwa supaya diberi

penghormatan kerana mewujudkan Negeri-Negeri

Melayu Bersekutu. Dia ialah Residen Jeneral yang

pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

dari tahun 1896 hingga tahun 1900. Pada tahun

1901, dia dilantik sebagai Gabenor Negeri-Negeri

Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Tanah

Melayu. Dia bersara pada tahun 1904.

UMUM 
SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR, novel karya Sasterawan Negara Keris Mas.   Novel ini pernah disiarkan secara bersiri dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Zaman mulai 22 Mac hingga 8 November 1981.  Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1982.  Novel ini dihasilkan oleh penulis setelah dia bergelar Sasterawan Negara.

SASTERAKarya
PERANG RUSIA-TURKI

Perang Rusia-Turki. Empayar Rusia dan

Empayar Uthmaniyyah (kini Turki) sentiasa tidak

bersefahaman selama 300 tahun selepas tahun

1600-an. Beberapa kali perang berlaku sepanjang

tempoh ini. Pada mulanya, Empayar Uthmaniyyah

yang menceroboh Rusia. Orang Turki campur

tangan di sempadan selatan Rusia dan menyokong

orang Tartar dari Krimea, iaitu seteru Rusia sejak

dahulu lagi. Sehingga akhir tahun 1600-an, Rusia

cuba mengelakkan perang terbuka dengan orang

Turki kerana empayar Uthmaniyyah lebih kuat

daripada Rusia. Walau bagaimanapun, apabila

empayar Uthmaniyyah semakin lemah, Rusia

bertambah kuat. Rusia mulai meluaskan kuasanya

ke kawasan Laut Hitam dan Balkan. Orang Turki

menguasai kedua-dua kawasan ini. Empayar

Uthmaniyyah kemudiannya mempertahankan

kedua-dua kawasan tersebut walaupun kadangkala

ia juga menyerang, terutamanya apabila mendapat

sokongan negara luar.

UMUM 
SASTERA KITAB

SASTERA KITAB, karya yang dihasilkan mengenai ilmu keagamaan.  Karya ini merupakan hasil tulisan para ulama di Nusantara.  Sastera kitab meliputi karya asli dan karya saduran atau terjemahan dari Asia Barat.  Sastera  kitab ditulis dalam huruf Jawi.  Pada peringkat awal, karya ini ditulis dalam bentuk manuskrip, kemudian pada abad ke-19, karya ini mulai dicetak dalam bentuk cetakan batu.  Cetakan ini dilakukan di Mesir, Makkah, Bombay, Singapura dan Pulau Pinang.

SASTERAKonsep
ABU HASSAN SHAM

BIDANG: SASTERA

PENULIS: ABDUL RAHMAN KAEH

ABU HASSAN SHAM, Dato’ (1945- ), pengkaji kesusasteraan Melayu klasik. Dia lahir pada 27 Julai 1945 di Kampung Pangsenam, Temerloh, Pahang. Nama sebenarnya ialah Abu Hassan bin Mohd. Sham. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Temerloh; Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran ke Sekolah Alam Shah di Kuala Lumpur dan seterusnya memasuki Universiti Malaya pada tahun 1966 dan memperoleh ijazah Sarjana Muda. Pada tahun 1972, dia mendapat ijazah Sarjana Sastera dari universiti yang sama. Di universiti inilah dia memulakan kerjayanya sebagai tutor, pensyarah dan seterusnya dilantik sebagai profesor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya mulai Januari 1994.

SASTERATokoh

Kembali ke atas