METEOR | Meteor ialah jalur cahaya terang yang muncul dalam masa singkat di langit. Pemerhati sering menamakan meteor tahi bintang atau bintang gugur kerana ia kelihatan seperti bintang yang gugur dari langit. Kadangkala meteor yang paling terang dinamakan bola api. Meteor muncul apabila zarah atau serpihan logam atau batu yang dinamakan meteoroid memasuki atmosfera bumi dari angkasa lepas. Geseran udara memanaskan meteoroid menjadikannya berkilau dan mewujudkan ekor yang bersinar daripada gas dan zarah meteoroid lebur. Gas ini termasuk bahan meteoroid yang terwap dan gas atmosfera yang dipanaskan semasa meteoroid melalui atmosfera. Kebanyakan meteor berkilau selama kira-kira sesaat. | UMUM | |
ASHCROFT, DAME PEGGY | Ashcroft, Dame Peggy (1907–1991), berlakon dalam drama, filem, dan televisyen. Dia muncul di pentas dalam The Seagull , (penerbitan tahun 1936 dan 1964), The Good Woman of Setzuan (1956), The Taming of the Shrew (1961), dan Henry VI (1963). Filemnya termasuk The Thirty Nine Steps (1935), The Nun’s Story (1959), dan A Passage to India (1984). Pada tahun 1984, dia muncul dalam siri televisyen yang popular, “The Jewel in the Crown”. Ashcroft lahir di Croydon, Greater London, England. | UMUM | |
SUNGAI TWEED | Sungai Tweed, muncul di Tanah Tinggi Selatan Scotland dekat Tweed’s Well, kira-kira 10 kilometer utara barat pusat pelancongan Moffat. Panjangnya lebih kurang 154 kilometer dan menyaliri kawasan seluas 4800 kilometer persegi. Pada peringkat permulaan Sungai Tweed mengalir ke arah utara timur ke Peebles, dan kemudian ke arah timur melalui Innerleithen, sampai di Galashiels dan kemudian melalui Kelso. Sungai ini membentuk sempadan di antara England dan Scotland untuk lebih kurang 27 kilometer, bermula dari sebelum Coldstream ke Berwick-upon-Tweed, tempat ia mengalir masuk ke Laut Utara (lihat United Kingdom [peta politik]). Pekan sempadan Berwickupon- Tweed, terletak di tebing utara sungai ini, menimbulkan banyak pertikaian yang telah kekal menjadi sebahagian daripada England pada tahun 1885. Sungai Tweed, boleh dijelajahi hanya untuk beberapa kilometer di bahagian pasang surutnya dekat muaranya. Ikan-ikan salmon dan trout dipancing di sepanjang sungai ini. | UMUM | |
PASCASTRUKTURALISME | Perspektif kritikan sastera dan budaya yang muncul pada era 1970an. | SASTERA | Konsep |
PICKFORD, MARY | y (1893–1979) ialah bintang bagi filem-filem bisu. Pickford terkenal sebagai ‘Buah hati Amerika’ kerana kepopularannya. Dia terkenal sebagai watak heroin muda yang berani dan suci. Pickford muncul pertama kali di layar perak pada tahun 1909 dan muncul dalam 194 buah filem. Antara filemnya yang paling popular ialah The Poor Little Rich Girl (1917) dan Rebecca of Sunnybrook Farm (1917). Dia memenangi anugerah pelakon wanita terbaik Academy Award tahun 1928–1929 melalui lakonannya dalam Coquette . Dia juga menerima Anugerah Khas Academy Award pada tahun 1976 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan seumur hidupnya dalam dunia filem. | UMUM | |
MURABITUN, KERAJAAN | Murabitun, Kerajaan merupakan satu daripada kerajaan Islam yang muncul dalam lingkungan masa di antara tahun 448 hingga 541 H. bersamaan tahun 1056 hingga 1147 M., di sebelah barat laut benua Afrika. Beberapa kabilah iaitu Sanhajah, Lamtunah, Masufah dan Jadalah al- Barbariyyah telah bersatu pada abad ketiga Hijrah. bersamaan abad kesembilan Masihi. Antara tujuan penyatuan ini adalah untuk berusaha menyusun urusan perdagangan antara kafilah-kafilah yang melalui padang pasir – iaitu di antara bahagian utara terletaknya wilayah Walata dengan bahagian selatan terletaknya kerajaan Ghana. Namun, penyatuan ini tidak dapat bertahan lama, malah ia menjadi lemah dan seterusnya runtuh. Ghana telah mengambil peluang di sebalik keruntuhan ini dan menjadi semakin berpengaruh. Seterusnya, Ghana berjaya menguasai beberapa bahagian di padang pasir yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Barbar dan Arab. | UMUM | |
MOD | Mod dalam statistik, ialah nilai mana-mana kumpulan yang muncul paling kerap. Contohnya, seorang budak mengira telur dalam 77 sarang burung. Dia mendapati empat sarang mempunyai sebiji telur dalam setiap sarang, 65 sarang mempunyai dua biji telur, lima sarang mempunyai tiga biji telur, dan tiga sarang mempunyai empat biji telur. Sarang yang mempunyai dua biji telur ialah yang paling banyak. Oleh yang demikian, dua ialah mod atau nilai mod dalam kumpulan nombor ini. Mod ialah nombor purata yang digunakan dalam bidang statistik. | UMUM | |
PARI-PARI | Pari-pari ialah makhluk khayalan yang muncul dalam budaya rakyat Eropah Barat. Pari-pari mempunyai kuasa ajaib, yang gunakan untuk melakukan perbuatan baik, dan jahat. Pari-pari biasanya suka membantu, tetapi mereka sering berkelakuan nakal dan kadang-kadang bertindak kejam. | UMUM | |
SAFAWIYYAH, KERAJAAN | Safawiyyah, Kerajaan (906–1148 H. / 1500–1735 M.). Kerajaan Safawiyyah muncul di Iran. Pengasasnya ialah al-Shah Isma’il daripada keturunan Syeikh Safiy al-Din al-Ardabiliy (650–735 H./1252–1334 M.). Safiy al- Din dan anaknya Sadr al-Din ialah pengikut ahli Sunnah, begitu juga kumpulan agama yang ditubuhkannya di al-Ardabil. Manakala cucunya, al- Khawaja ‘Ali yang dilantik mengetuai jemaah pada tahun 802 H./1399 M. merupakan penganut fahaman Syi‘ah sederhana. Anak al-Khawaja ‘Ali, iaitu al-Syeikh Ibrahim yang menggantikannya telah menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara ahli jemaah (Syi‘ah) dengan pengikut ahli Sunnah di al-Daghistan. Syeikh Haydir yang dilantik menggantikan ayahnya, Syeikh Ibrahim, pada tahun 859 H./1455 M., juga menggunakan pendekatan yang sama. Syeikh Ibrahim telah digantikan oleh tiga orang anak dan anaknya yang bongsu, Isma‘il (908–931 H./1501–1524 M.) ialah pengasas sebenar kerajaan Safawiyyah (dinisbahkan kepada Safiy al-Din al-Ardabiliy). | UMUM | |
SRIVIJAYA | Srivijaya ialah empayar Melayu yang kuat di selatan Sumatera, Indonesia. Empayar ini muncul pada akhir tahun 600-an M. dan berakhir sehingga akhir tahun 1300-an. | UMUM | |