PSIKOLOGI PERBANDINGAN | Psikologi perbandingan ialah kajian perbezaan dan persamaan dalam kelakuan haiwan yang berbeza spesiesnya. Ahli psikologi perbandingan mungkin menganalisis satu aktiviti sebagaimana ia berlaku pada banyak spesies. Misalnya, mereka mungkin meneliti pembesaran anak burung, paus, harimau dan haiwan lain. Mereka juga mungkin mengkaji pola lengkap kelakuan dua atau lebih spesies yang berkaitan. Misalnya, mereka mungkin membandingkan cara pemberian makanan, pengawanan dan aktiviti lain antara dua rodensia. | UMUM | |
PERTIMBANGAN | Pertimbangan melibatkan pemahaman dan pengakuan bagaimana dua atau lebih idea mungkin berkeadaan serupa, atau bagaimana ia mungkin berbeza. Kita membuat pertimbangan bahawa idea ialah sesuatu perkara tertentu dan bahawa ia bukan sesuatu perkara yang lain. | UMUM | |
KEKEJANGAN | Kekejangan ialah penguncupan satu otot atau lebih, yang menyakitkan dan tidak dapat dikawal. Kekejangan mungkin melibatkan sebarang bahagian otot tubuh. Mungkin hanya satu spasma (penguncupan otot) yang terjadi, tetapi biasanya ia diikuti oleh lebih banyak kekejanganan yang bermula dan berakhir dengan cepat dan mendadak. Spasma yang teruk mungkin berterusan selama beberapa jam, malah berhari-hari jika tidak dirawat. | UMUM | |
ANGIN | Angin ialah udara yang bergerak merentas permukaan bumi. Angin mungkin bertiup dengan begitu perlahan dan lembut sehingga tidak terasa tiupannya, atau mungkin bertiup dengan begitu kuat dan kencang sehingga merobohkan bangunan dan menumbangkan pokok besar. | UMUM | |
MUNTAH | Muntah ialah perbuatan mengeluarkan isi perut melalui mulut. Muntah mungkin terjadi dari perkara yang kecil seperti makan berlebihan atau sesuatu yang serius seperti hampir mati. Muntah mungkin disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk kegelisahan, jangkitan bakteria, keradangan kimia dalam perut, kehamilan, radiasi, ulser, pergerakan yang luar biasa atau kesakitan yang teruk. Muntah biasanya didahului oleh loya, satu rasa kurang menyenangkan dalam perut. (Lihat Loya). | UMUM | |
EKZEMA | Ekzema ialah gangguan kulit yang dicirikan oleh gatal-gatal dan keradangan. Kulit yang radang mungkin kering, bengkak dan keras, atau mungkin mengeluarkan cecair. | UMUM | |
OEDEMA | Oedema ialah bengkak tisu badan yang disebabkan oleh bendalir terkumpul dalam ruang antara sel. Oedema mungkin setempat – iaitu, terhad kepada satu bahagian badan – atau ia mungkin menjejaskan tisu di seluruh badan. Oedema setempat biasanya terjadi apabila kandungan kapilari yang cedera bocor dan masuk ke dalam ruang-ruang tisu yang berdekatan. | UMUM | |
NAHAS KAPAL | Nahas kapal ialah kemusnahan atau kehilangan sesebuah kapal. Nahas kapal disebabkan oleh pelbagai punca. Sebuah kapal mungkin musnah kerana kebakaran atau ia mungkin tenggelam selepas bertembung dengan kapal lain. | UMUM | |
SEMBELIT | Sembelit ialah keadaan apabila usus tidak membuang bahan sisa semudah biasa. Orang yang sembelit tidak dapat membuang air besar dengan teratur, dan mungkin berasa sakit atau usus besarnya lemah. Mereka mungkin berasa pening kepala dan sakit tulang belakang. Sembelit boleh disebabkan oleh otot usus yang lemah atau kontraksi otot usus yang kuat tidak tetap. Sembelit juga boleh berlaku apabila seseorang sering mengambil julap atau tidak mengambil jenis makanan tertentu secukupnya, terutama makanan yang mengandungi serat. Sembelit juga boleh menimbulkan sakit yang tisu atau saraf usus, seperti ketumbuhan yang menyekat menjejaskan sebahagian usus kecil. | UMUM | |
APENDISITIS | Apendisitis ialah radang apendiks vermiform (lihat Apendiks ). Ia terjadi akibat jangkitan bakteria. Apendiks menjadi bengkak dan berisi nanah. Nanah mungkin terkumpul dan menyebabkan abses. Atau apendiks mungkin pecah, menyebabkan jangkitan merebak ke organ badan di sekelilingnya. Ia juga boleh menyebabkan peritonitis , radang selaput yang melapisi rongga abdomen (lihat Peritonitis ). | UMUM | |