Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mun.syi] | منشي

Definisi : Ar guru bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mun.syi] | منشي

Definisi : guru bahasa; ahli bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
munsyi (kata nama)
Bersinonim dengan guru, pengajar, pembimbing, pemudah cara, fasilitator, penceramah.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDULLAH MUNSYIABDULLAH MUNSYI (1796-1854), penulis dan bapa kesusasteraan Melayu moden. Dia lahir di Kampung Pali, Melaka. Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, berketurunan Arab/India. Dia merupakan salah seorang tokoh awal kesusasteraan Melayu moden dan merupakan penulis Melayu yang pertama menghasilkan karya sastera dalam bentuk cetakSASTERAKonsep
ABDULLAH MUNSYI

Abdullah Munsyi (1796–1854), penulis Malaysia.

Dia digelar “Bapa Kesusasteraan Melayu Moden”

berdasarkan hasil karya pentingnya Kisah Pelayaran

Abdullah (1849). Nama sebenarnya ialah Abdullah

bin Abdul Kadir, berketurunan Arab dan India. Dia

lahir di Kampung Pali, Melaka dan mendapat

gelaran “munsyi” sewaktu mengajar bahasa Melayu

kepada askar-askar Kerajaan Inggeris berbangsa

India di Melaka. Selain menjadi guru bahasa,

Abdullah  menjadi guru agama, penterjemah,

wartawan, dan jurutulis kepada pemerintah Inggeris.

Malah dia pernah diberi kepercayaan untuk

memangku tugas Pengetua Anglo-Chinese College

apabila pengetua kolej ketika itu pulang ke England.

UMUM 
MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI, DATO'

MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI, Dato’ (1840-1904), ahli Bahasa Melayu, pendidik dan pentadbir. Dia lahir pada 2 Mei 1840 di Melaka. Dia ialah anak Abdullah Munsyi. Bapanya kemudian berhijrah ke Singapura. Ibrahim Munsyi mendapat pendidikan agama dan Inggeris. Kerjanya yang terawal ialah sebagai guru di Sekolah Melayu Teluk Belanga, di samping menjadi pengajar bahasa Melayu kepada pegawai British di Singapura. Mereka menggelarnya ’munsyi’ yang bererti pengajar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI

KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI, karya autobiografi. Kisah Pelayaran Mohammad Ibrahim Munsyi, dikarang oleh Ibrahim bin Haji Abdullah Munsyi. Apabila dia meninggal dunia, karangan ini berada di tangan saudaranya, Muhamad Khalid. Muhammad Khalid kemudian menyerahkan karangan ini kepada Haji Muhammad Said. Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Ibrahim, Sultan Yang dipertuan bagi negeri dan jajahan Johor, Kisah Pelayaran Muhammad  Ibrahim Munsyi dicetak pertama kali dalam tulisan jawi pada tahun 1919,. Kemudian dalam tahun 1956, naskhah ini dicetak semula tanpa melakukan apa-apa perubahan. Kedua-duanya dicetak oleh Jabatan Cetak Negeri Johor di Johor Bahru.

SASTERAKarya
MUNSYI SULAIMAN MD. NOR MUNSYI SULAIMAN MD. NOR   (1870-1928), tokoh bahasa dan persaratan Melayu. Dia lahir di Siak, Sumatera, Indonesia. Keluarganya telah berhijrah ke Melaka kerana berlaku perselisihan faham di kalangan keluarga Raja Muda Hashim, pembesar Siak. Keluarganya memilih Melaka kerana hubungan politik yang telah wujud antara kedua-duanya pada abad ke-16.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MUNSYI MOHAMMED ALIE GOLAM HOESIN AL-HINDI

MUNSYI MOHAMMED ALIE GOLAM HOESIN AL-HINDI (  ?  -   ?  ), pengarang akhbar dan penulis. Dia berketurunan Tamil Muslim dan mahir dalam bahasa Melayu klasik. Dia adalah pengarang akhbar Jawi Peranakan yang diterbitkan pada tahun 1896 di Singapura. Jawatan tersebut kemudian disandang oleh Munsyi Muhammad Said Dada Muhyiddin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN

MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN  (   ?  -1888), penerbit dan pengarang akhbar Melayu. Dia lahir dan bersekolah di Pulau Pinang. Muhammad Said berketurunan India Muslim. Dia kemudian melanjutkan pengajiannya dengan cara berguru kepada seorang hakim di Kedah. Dia mempunyai pengetahuan dan berpengalaman luas kerana dia gemar mengembara. Dia mengembara sampai ke Aceh, Deli, Serdang, Batu Ara, Asahan dan beberapa negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Selain mendalami pengetahuan bahasa Melayu, Muhammad Said boleh berbahasa Inggeris, Hindustan dan Arab. Dia pernah mengajar di Raffles Institution dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Kecintaannya yang mendalam terhadap ilmu menjadikan dia berminat dalam bidang persuratkhabaran.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KISAH PELAYARAN ABDULLAH

Kisah Pelayaran Abdullah ialah sebuah karya

autobiografi yang ditulis oleh Abdullah

Abdul Kadir Munsyi (1796–1854) atau lebih dikenali

sebagai Abdullah Munsyi. Buku ini telah dicetak

oleh Penerbit E. J. Brill di Belanda pada tahun 1889.

UMUM 
BUSTAN ARIFINBUSTAN ARIFIN, majalah pertama dalam bahasa Melayu yang diterbitkan di Melaka oleh Anglo Chinese Press pada tahun 1821.  Majalah ini telah disunting oleh Claudius Henry Thomsen, seorang mubaligh Kristian berbangsa Denmark dengan bantuan Abdullah Munsyi.  Judul majalah ini diterbitkan dalam dua bahasa. SASTERAPenerbitan
KESUSASTERAAN MELAYU MODENKESUSASTERAAN MELAYU MODEN, kesusasteraan yang berkembang di Malaysia bermula pada tahun 1800 M., semenjak kelahiran karya Abdullah Munsyi, iaitu Kisah Pelayaran Abdullah (1838) dan Hikayat Abdullah (1840), sehingga zaman kini. Kesusasteraan Melayu moden tumbuh seiring dengan perkembangan akhbar dan majalah terhasil daripada pengenalan alat cetak di Malaysia selepas tahun 1800.SASTERAKonsep
12

Kembali ke atas