Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mun.tah] | مونته

Definisi : 1. keluar kembali drpd mulut (barang yg dimakan dll): maka terkadang-kadang ~lah ia sebab banyak meminum air masin itu; 2. = muntahan apa-apa yg keluar kem­bali melalui mulut; 3. turun atau luntur (warna kain); ~ belalah mengeluarkan muntah dgn banyak; ~ berak sering muntah-muntah dan berak (kerana penyakit taun); ~ darah menge­luarkan darah dr mulut; ~ kedarah bk makan; menjilat ~ sendiri prb apa yg telah ditolak (dicacat) diterima lagi; memuntahi mengeluarkan muntah dan me­ngenai sesuatu: ia ~ katilnya; memuntahkan 1. mengeluarkan muntah (apa yg sudah di dlm perut): ia ~ kembali apa yg telah dimakannya; 2. mengeluarkan apa yg ada di dlm mulut, meluahkan: setelah diku-nyah-kunyah, dimuntahkan kembali sirih itu; 3. ki mengeluarkan banyak-banyak: kedua-dua kapal terbang itu ~ peluru dr mesingannya yg menggerutup menuju sasarannya; ~ isi perut bk mengeluarkan perasaan hati; pemuntahan perihal (proses atau perbuatan) memuntahkan: di Malaysia, kaedah ~ yg sela-mat bagi mengeluarkan racun yg tertelan mungkin masih belum dapat dilakukan di rumah; pemuntah (ubat dsb) yg menyebabkan mun­tah: agen ~ ialah ubat yg sengaja diberikan supaya pesakit itu muntah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mun.tah] | مونته

Definisi : 1 keluar kembali dr mulut (bkn barang yg dimakan): Anaknya selalu ~ selepas minum susu. 2 = muntahan apa-apa (biasanya makanan yg telah ditelan) yg keluar kembali melalui mulut. ~ belalah mengeluarkan muntah dgn banyaknya. ~ berak sering muntah dan berak. ~ darah mengeluarkan darah dr mulut. memuntahi mengeluarkan muntah pd atau kena pd sesuatu: Dia ~ tempat tidurnya. memuntahkan 1 mengeluarkan muntah atau benda-benda yg telah dimakan: Ia ~ kuih yg telah dimakannya. 2 ki mengeluarkan banyak-banyak: Meriam itu ~ peluru ke arah kubu musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muntah (kata kerja)
Bersinonim dengan menjeluak, melilah, jelanak, jeluwek;,
Kata Terbitan : memuntahkan,

Peribahasa

Jauh bau bunga,
     dekat bau tahi (= kencing).

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUNTAH

Muntah ialah perbuatan mengeluarkan isi perut

melalui mulut. Muntah mungkin terjadi dari perkara

yang kecil seperti makan berlebihan atau sesuatu

yang serius seperti hampir mati. Muntah mungkin

disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk

kegelisahan, jangkitan bakteria, keradangan kimia

dalam perut, kehamilan, radiasi, ulser, pergerakan

yang luar biasa atau kesakitan yang teruk. Muntah

biasanya didahului oleh loya, satu rasa kurang

menyenangkan dalam perut. (Lihat Loya).

UMUM 
SINDROM KEJUTAN TOKSIK

Sindrom kejutan toksik atau TSS (Toxic shock

syndrome) ialah penyakit yang jarang-jarang berlaku

yang paling sering terjadi pada wanita muda yang

sedang mengalami haid. Gejalanya termasuklah

suhu yang tinggi, muntah-muntah, cirit-birit, tekanan

darah rendah dan ruam seperti selaran matahari.

UMUM 
PARVOVIRUS KANIN

Parvovirus kanin juga dikenali sebagai

parvovirus, ialah penyakit berjangkit yang menjangkiti

anjing. Gejalanya termasuk diarea, muntah-

muntah, dan demam. Anjing yang menderita

penyakit parvovirus juga hilang selera makan,

kekurangan air, dan kelihatan lesu.

UMUM 
EMETIK

Emetik ialah sejenis ubat untuk membolehkan

seseorang itu muntah. Emetik menyingkirkan racun

atau makanan yang merengsa perut.

UMUM 
EMETIK TARTAR

Emetik tartar ialah persediaan ubat yang

pernah digunakan untuk membolehkan seseorang

itu muntah. Kini ubat ini digunakan untuk pesakit

mengeluarkan kahak dan mukus.

UMUM 
MABUK GERAK

Mabuk gerak ialah keadaan rasa loya yang amat

sangat, yang disebabkan oleh perjalanan. Pesakit

menjadi pucat dan berpeluh. Pesakit boleh muntah

sekiranya perjalanan berterusan. Kebayakan orang

yang terjejas akibat mabuk gerak juga mengalami

sendawa, sakit kepala, bersikap acuh tak acuh dan

mengantuk.

UMUM 
MABUK KETINGGIAN

Mabuk ketinggian ialah penyakit yang dialami

pada altitud yang tinggi oleh orang yang biasa

tinggal di altitud yang rendah. Ia juga dikenali

sebagai mabuk gunung . Mabuk ketinggian ini

disebabkan oleh keadaan yang terdedah pada

tempat tinggi yang relatifnya mempunyai tekanan

oksigen yang rendah. Simptomnya termasuklah

sesak bernafas, pening kepala, pola tidur terganggu,

loya, penglihatan kabur, kurang dengar, berat

kepala, dan mudah lupa. Dalam sesetengah kes,

seseorang akan muntah apabila mengalaminya.

UMUM 

Kembali ke atas