MUSANG | Musang ialah mamalia berbulu yang kelihatan seperti kucing yang panjang langsing. Tetapi musang mempunyai muncung yang lebih runcing, ekor yang lebih berbulu dan kaki yang lebih pendek daripada kucing. Musang hidup di Asia, dari India hingga ke Indonesia, dan di Afrika. | UMUM | |
MUSANG BERJANGGUT | MUSANG BERJANGGUT , cerita jenaka Melayu yang memperlihatkan unsur pengaruh asing terutama pengaruh Arab dan Parsi. Cerita ini ditulis kembali oleh R.O. Windstedt dan dimuatkan dalam JMBRAS No. 52 dan diterbitkan pada tahun 1909. | SASTERA | Karya |
ANJING FOXHOUND | Anjing foxhound ialah anjing perburuan yang bersaiz sederhana. Kumpulan anjing pemburu ini memburu musang dengan cara menghidu baunya di atas tanah untuk mengesannya. | UMUM | |
THA'ALABIY, ABU MANSUR AL- | Tha‘alabiy, Abu Mansur al- (350–429 H./961– 103 M.), sasterawan, ahli bahasa, pengkritik, dan pengarang buku ‘ Yatimah al-Dahr’. Dia lahir di Naisabur. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Malik ibn Muhammad ibn Isma’il Abu Mansur al-Tha‘alabiy. Tha‘alabiy seorang penjual pakaian bulu haiwan dan penjahit kulit musang. Oleh itu, dia digelar al- Tha‘alabiy sebagai satu sandaran kepada pekerjaannya. | UMUM | |
SEMENANJUNG KAMCHATKA | Semenanjung Kamchatka menganjur ke arah selatan dari timur Siberia, Rusia, di antara Laut Bering dengan Laut Okhotsk. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta muka bumi). Luas semenanjung ini kirakira 350 000 kilometer persegi dengan penduduk kira-kira 422 000 orang. Di sepanjang semenanjung ini terdapat banjaran gunung berapi. Semenanjung ini dilitupi oleh hutan tebal. Perikanan dan perburuan merupakan industri utamanya. Kawasan ini membekalkan kulit beruang, sabel, musang, memerang, otter, dan singa laut. Anak sungainya mengandungi banyak ikan salmon. Di pantai baratnya terdapat beberapa kawasan penangkapan ketam yang utama. | UMUM | |
PAKAIAN PUTERI PERAK | PAKAIAN PUTERI PERAK, pakaian tradisi negeri Perak yang mengandungi baju, seluar panjang, kain samping dan selendang. Pakaian ini sama seperti baju kurung cekak musang yang dipakai oleh lelaki Melayu. Perbezaannya ialah pakaian ini tidak dipakai sedondon tetapi dipakai dengan kombinasi warna yang berlainan. | BUDAYA | Pakaian |
BAJU MELAYU | Baju Melayu, pakaian kebangsaan lelaki Melayu. Pakaian ini terdiri daripada baju Teluk Belanga atau baju cekak musang dengan seluar panjang serta dilengkapi samping dan songkok. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutamanya untuk bersembahyang dan untuk ke pejabat pada hari Jumaat, untuk majlis formal, dan sebagai pakaian adat. | KESENIAN | Artifak/Mentifak |
TAMAN NEGARA CARLSBAD CAVERNS | Taman Negara Carlsbad Caverns, di tenggara New Mexico, Amerika Syarikat terkenal kerana terdapat banyak gegua atau gua. Gegua yang paling besar ialah gua carlsbad Caverns. Gegua ini merupakan salah sebuah gegua bawah tanah yang terbesar di dunia. Dalam ruang gegua ini, stalaktit dan stalagmit terbentuk menyerupai kuil Cina, tiang besar, dan isikel seperti renda (lihat Stalagmit; Stalaktit ). Satu ruang besar yang dikenali sebagai Big Room, panjangnya 500 meter dan lebarnya 335 meter. Di satu tempat, tinggi silingnya 78 meter. Haiwan seperti musang, gopher , jack rabbit , mule deer , dan ular orok-orok terdapat di taman ini. Taman Negara ini dibina pada tahun 1930. Untuk mengetahui keluasannya, lihat Taman negara. | UMUM | |
BAJU KURUNG | BAJU KURUNG, pakaian tradisional orang Melayu di Semenanjung Malaysia. Baju ini dikenal juga sebagai baju melayu. Terdapat dua jenis baju kurung iaitu baju kurung teluk belanga dan baju kurung cekak musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tua dan muda, terutama untuk menghadiri majlis atau upacara rasmi. Selain itu, terdapat sejenis lagi baju kurung yang dipakai oleh wanita Melayu di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang dinamakan baju kurung kedah. Terdapat beberapa perbezaan kecil antara ketiga-tiga jenis baju kurung ini, iaitu dari segi potongan dan cara memakai. | BUDAYA | Pakaian |