Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ to o’s ears, sst menyeronokkan: his words were ~ to her ears, kata-katanya menyeronokkan perempuan itu; face the ~, menerima akibatnya; set to ~, digubah menjadi lagu: the poem was set to ~, puisi itu telah digubah men (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. art of combining sound, seni muzik: he is studying ~, dia sedang belajar seni muzik; 3. written representation of sounds, skor muzik: he leafed through the ~, dia menyelak-nyelak skor muzik itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. arrangement of sounds to produce a pleasing effect, muzik: this ~ is by Mozart, muzik ini ialah hasil gubahan Mozart; the ~ of the bird’s song, muzik drpd kicauan burung itu; my father is fond of classical ~(Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata music


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MASTER OF THE QUEEN’S MUSIC

Master of the queen’s music ialah suatu

gelaran kehormat yang diberikan kepada ahli

muzik British. Pemegang gelaran ini menjadi ahli

istana diraja.

UMUM 
MORTIMER, HARRY

Mortimer, Harry (1902–1992), ahli muzik British

yang berpengaruh pada zamannya terhadap

muzik brasben. Dia terkenal sebagai peniup

trompet pada peringkat awal kerjayanya.

Kemudian dia menubuhkan brasbennya sendiri

yang diberi nama “All Star Brass Band” dan Men o’

Brass”. Mortimer lahir di Hebben Bridge,

Yorkshire Barat. Dia menuntut di Royal

Manchester College of Music.

UMUM 
ANTILL, JOHN

Antill, John (1904–1986), penggubah Australia

yang terkenal kerana suit baletnya Corroboree ,

yang dipersembahkan buat pertama kalinya pada

tahun 1946. Dia mendasarkan gubahan pada nada

yang didengarnya semasa Orang Asli Australia

bernyanyi di kawasan petempatan La Perouse, di

Sydney. Dia belajar menggubah lagu, di New

South Wales State Conservatorium of Music dan

menyertai kakitangan muzik Australia Broadcasting

Commission pada tahun 1934. Antill turut

menggubah beberapa lagu balet yang lain dan

kerja-kerja orkestra, teater dan muzik filem. Dia

lahir di Sydney.

UMUM 
NEEL, LOUIS BOYD

Neel, Louis Boyd (1905–1981), pengasas dan

memimpin Boyd Neel Orchestra, iaitu salah

sebuah orkestra bertali yang utama di Eropah.

Neel menubuhkan orkestra ini pada tahun 1932.

Para pemuzik mengagumi interpretasi lagu Bach

dan Handel yang dihasilkan oleh orkestranya. Neel

juga memimpin beberapa orkestra utama Britain.

Dari tahun 1953 hingga tahun 1971, dia menjadi

Dekan Royal Conservatory of Music di Toronto,

Kanada. Dia lahir di London.

UMUM 
SHUARD, AMY

Shuard, Amy (1924–1975), salah seorang soprano drama Inggeris

yang terbaik. Lakonannya yang penuh penghayatan dan gabungan suaranya

yang bertenaga dan lincah menjadikannya terkenal

sebagai bintang opera. Kekuatan dramatiknya

dapat dilihat dalam persembahannya yang terbaik

dalam Turandot oleh Puccini. Dia tampil sebagai

penyanyi utama dalam opera ini di Royal Opera

House, Covent Garden pada tahun 1958. Amy

Shuard lahir di London dan belajar muzik di Trinity

College of Music.

UMUM 
AUER, LEOPOLD

Auer, Leopold (1845–1930), pemain violin

Hungary, menjadi salah seorang guru violin yang

paling terkenal pada zamannya.

Auer memulakan kaedah baru bermain violin

dan teknik tunduk. Pada tahun 1868, dia menjadi

profesor di Kolej Muzik St. Petersburg, Rusia.

Beliau memegang jawatan ini hingga tahun 1917.

Antara pelajar-pelajarnya yang terkenal ialah

Mischa Elman, Jascha Heifetz dan Nathan Milstein.

Auer menulis tentang kaedah dia mengajar dalam

Violin Playing as I Teach It (1921) dan Violin

Masterworks and Their Interpretation (1925). Dia

juga menulis sebuah autobiografi, My Long Life in

Music (1923). Auer lahir di Veszprém.

UMUM 
MUSE

Muse ialah sembilan dewi seni dan sains dalam

mitologi Yunani dan Rom. Dalam mitologi Yunani,

mereka ialah anak perempuan Zeus, raja dewa,

dan Mnemosyne, dewi ingatan. Setiap Muse

memerintah sesuatu seni atau sains. Calliope ialah

Muse puisi epik; Erato, puisi cinta; Euterpe, puisi

lirik; Melpomene, tragedi; Thalia, komedi; Clio,

sejarah; Urania, astronomi; Polyhymnia, lagu

kudus; dan Terpsichore, tarian.

Orang Yunani percaya dewi-dewi ini tinggal di

atas gunung Olympus dengan ketua mereka, dewa

Apollo. Muse ini sama seperti ketua mereka,

sentiasa muda dan cantik. Mereka boleh melihat ke

masa hadapan, yang tidak ramai dewa lain boleh

buat. Mereka juga mempunyai kebolehan

menghilangkan rasa sedih dan duka. Muse

mempunyai suara yang menyenangkan, merdu dan

selalu menyanyi sebagai koir. Penulis dan pelukis

awal Yunani memanggil Muse untuk inspirasi

sebelum memulakan kerja. Mana-mana satu atau

semua Muse ini boleh dipanggil untuk

mendapatkan bantuan, walaupun setiap seorang

mengawal seni atau sains yang khusus.

Dewi-dewi ini memainkan peranan penting

dalam mitologi Rom, walaupun Pemujaan Muse

oleh orang Rom adalah dipinjam daripada orang

Yunani. Orang Rom percaya bahawa Jupiter, raja

dewa mereka, adalah bapa Muse.

Beberapa perkataan berasal daripada perkataan

Yunani, Mousa bermakna Muse. Ia termasuk

museum , yang asalnya bermakna kuil Muse; dan

music , yang bermakna seni Muse.

UMUM 

Kembali ke atas