Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
musim (kata nama)
Bersinonim dengan masa, waktu, tempoh, jangka masa, jangka waktu;,
Kata Terbitan : bermusim,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUSIM BUNGA

Musim bunga ialah musim antara musim sejuk

dengan musim panas. Hemisfera Utara mengalami

musim bunga pada akhir bulan Mac, April, Mei, dan

awal bulan Jun. Di Hemisfera Selatan, musim bunga

bermula sekitar bulan September dan berakhir

menjelang awal bulan Disember. Untuk tarikh hari

pertama musim bunga dan maklumat lain, lihat

Musim.

UMUM 
RINITIS ALERGI

Rinitis alergi ialah alahan yang selalu berlaku

pada musim bunga, musim panas dan musim

luruh.

UMUM 
ANEMON

Anemon ialah mana-mana satu daripada lebih 150

spesies bunga musim bunga yang hidup di hutan

jarang dan di desa. Namanya berasal daripada

perkataan Yunani yang bermaksud “angin”. Ia juga

dinamakan bunga angin .

UMUM 
SPICA

Spica ialah bintang yang paling cerah dalam buruj

Virgo. Spica paling jelas kelihatan di langit senja

pada musim bunga. Ia terletak lebih kurang 220

tahun cahaya dari Bumi dan memancarkan cahaya

sehingga 2400 kali ganda cahaya matahari (lihat

Tahun cahaya).

UMUM 
LILI MARIPOSA

Lili mariposa ialah sekumpulan lebih kurang

60 spesies bunga yang mekar pada musim bunga

dalam famili lili. Bunganya yang cantik kadangkala

dinamakan tanglong pari-pari, tulip glob, lili sego

atau lili rama-rama. Kelopak bunganya menyerupai

sayap rama-rama. Mariposa ialah perkataan

Sepanyol bagi rama-rama.

UMUM 
DAFODIL

Dafodil ialah bunga berwarna kuning yang mekar

pada awal musim bunga. Ia ialah jenis narsisus,

dan berasal dari Eropah. Ia hidup liar di hutan kecil.

Dafodil juga banyak ditanam di taman di bahagian-bahagian

lain di dunia.

UMUM 
MUSIM

Musim ialah satu daripada empat tempoh dalam

setahun. Setiap musimbunga, panas, luruh, dan

sejuk – berlangsung kira-kira tiga bulan dan

membawa perubahan suhu, cuaca, dan panjang

waktu siang.

UMUM 
POKOK JUDAS

Pokok judas ialah pokok kecil yang berasal dari

selatan Eropah. Pokok judas kelihatan cantik

terutamanya pada awal musim bunga apabila

keseluruhan pokok diliputi bunga halus berwarna

samar, setiap satunya panjangnya kira-kira 2.5

sentimeter. Bunganya keluar dari kayu lama dan

ranting baru. Ia berbunga sebelum daunnya muncul.

Kulit pokok yang berwarna kemerahan adalah licin

dan kayunya keras berira rapat. Daunnya berbentuk

hati. Pokok judas mengeluarkan banyak biji dalam

lenggai yang leper, nipis. Pokok ini dikenali sebagai

pokok judas kerana kepercayaan bahawa Judas

Iscariot, pembelot Jesus Christ, menggantung

dirinya pada pokok demikian.

UMUM 
ANEMON HUTAN

Anemon hutan ialah nama bagi dua spesies

tumbuhan berbunga putih yang tumbuh dalam

hutan jarang di Hemisfera Utara. Kedua-dua jenis

tumbuhan ini berbunga pada musim bunga

sebelum permukaan tanah dilindungi oleh daun

pokok yang baru membesar.

UMUM 
SIROCCO

Sirocco ialah nama Itali bagi angin panas yang

bertiup ke arah utara dari Gurun Sahara atau

Gurun Arab yang panas dan kering. Tiupan angin

ini kerap berlaku semasa musim bunga di negara

Eropah, di bahagian utara Laut Mediterranean.

Angin sirocco mungkin membawa bersamanya

lembapan semasa melintasi Laut Mediterranean

dan tiba di pantai Eropah sebagai angin yang panas

dan lembap. Semasa bertiup ke arah utara, angin

ini menghasilkan kabus dan hujan. Kadangkala

angin ini membawa bersamanya debu gurun.

Apabila angin sirocco yang kering bertiup, butir

pasir yang halus menjadikan langit gelap. Angin

ini menyebabkan selaran matahari pada kulit dan

mengeringkan tekak. Istilah sirocco kadangkala

digunakan untuk merujuk kepada apa-apa angin

panas yang tidak bermusim yang bertiup dari

selatan di kawasan Mediterranean.

UMUM 
12345

Kembali ke atas