| MUSIM SEJUK | Musim sejuk ialah musim yang paling sejuk. Hemisfera Utara, di bahagian utara bumi, mengalami musim sejuk pada bulan Disember, Januari, Februari, dan awal bulan Mac. Di Hemisfera Selatan, musim sejuk bermula pada lewat bulan Jun hingga awal bulan September. Untuk mengetahui tarikh hari pertama musim sejuk dan maklumat tentang kedudukan bumi dan matahari semasa musim sejuk, lihat Musim. | UMUM | |
| MUSIM SEJUK NUKLEAR | Musim sejuk nuklear merujuk kepada kesan dahsyat pada persekitaran seluruh dunia yang mengancam nyawa akibat perang nuklear. Perang seperti ini boleh menyebabkan berlakunya musim sejuk nuklear dengan mengakibatkan perubahan yang berbahaya pada atmosfera dan iklim bumi. Musim sejuk nuklear boleh mula terbentuk daripada kebakaran bandar yang diakibatkan oleh haba letupan nuklear yang sangat kuat. Sejumlah besar asap kebakaran ini boleh tersebar dan meliputi sekurang-kurangnya separuh permukaan bumi. Asap ini boleh menghalang sebahagian besar sinaran matahari daripada sampai di bumi. Suhu akan menurun dengan banyak, dan hujan akan berkurangan. Keadaan ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau tahun. | UMUM | |
| DORMOUSE | Dormouse ialah mamalia kecil yang kelihatan seperti tupai kecil. Dormouse terkenal dengan caranya mengantuk. Apabila tiba musim sejuk, ia menyimpan makanan dalam sarang dan berhibernasi (tidur sepanjang musim sejuk). | UMUM | |
| PHALAROPE | Phalarope ialah burung kecil bak burung kedidi yang membiak di Hemisfera Utara dan menghabiskan musim sejuk di Hemisfera Selatan. Phalarope kelabu dan phalarope leher merah membiak di kawasan Artik dan sub-Artik. Burung ini menghabiskan musim sejuk di laut lepas di Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik. | UMUM | |
| ANGIN UTARA | Angin utara ialah angin musim sejuk yang dingin yang bertiup di selatan Amerika Syarikat dan Teluk Mexico, memusnahkan tanaman dan kapal. | UMUM | |
| AUSTRALIA, BOLA SEPAK PERATURAN | Australia, Bola Sepak Peraturan ialah permainan musim sejuk yang sangat popular di negeri-negeri selatan Australia. Nama rasmi nya ialah Bola Sepak Australia . Permainan ini, yang dicipta oleh orang Australia, dimainkan terutamanya di Australia dan di Papua New Guinea. | UMUM | |
| BIATHLON | Biathlon ialah sejenis sukan musim sejuk yang menggabungkan perlumbaan ski merentas desa dan menembak. | UMUM | |
| SUKAN KERETA LUNCUR | Sukan kereta luncur juga dikenali kereta gelongsor ialah sukan musim sejuk yang pantas dan berbahaya dalam satu pasukan terdiri daripada dua atau empat orang meluncur di lereng yang curam dengan menggunakan kereta luncur salji yang diperbuat daripada keluli dan kaca gentian. Kereta luncur ini boleh mencapai kelajuan sehingga 150 kilometer sejam. Pasukan yang mencapai masa keseluruhan yang paling cepat selepas menghabiskan empat pusingan memenangi acara ini. | UMUM | |
| KASABA | Kasaba ialah sejenis tembikai wangi yang kadangkala dinamakan tembikai musim sejuk. Tembikai kasaba berbentuk bulat atau bujur dan runcing di hujungnya. | UMUM | |
| MUSIM BUNGA | Musim bunga ialah musim antara musim sejuk dengan musim panas. Hemisfera Utara mengalami musim bunga pada akhir bulan Mac, April, Mei, dan awal bulan Jun. Di Hemisfera Selatan, musim bunga bermula sekitar bulan September dan berakhir menjelang awal bulan Disember. Untuk tarikh hari pertama musim bunga dan maklumat lain, lihat Musim. | UMUM | |