Perjanjian Ghent menamatkan peperangan antara United Kingdom (UK) dengan Amerika Syarikat pada tahun 1812. Kedua-dua buah negara tersebut menandatangani perjanjian ini di Ghent, Belgium pada 24 Disember 1814 dan mengesahkannya pada 17 Februari 1815. Perunding dari Amerika ialah John Quincy Adams, James A. Bayard, Henry Clay, Jonathan Russell dan Albert Gallatin . Wakil United Kingdom terdiri daripada Sir James Gambier, Henry Goulburn dan William Adams . Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut tidak dapat menyelesaikan pertikaian yang mencetuskan peperangan. Perjanjian itu hanya dapat mengembalikan semula suasana aman. Perjanjian itu tidak pun menyebut bahawa pelaut Amerika dipaksa berkhidmat dalam kapal United Kingdom. Perkara ini tidak dimasukkan kerana tidak begitu mustahak. Tiada sebab bagi orang Inggeris untuk melaksanakan perkara ini selepas kekalahan Napoleon pada tahun 1815. |