MUTASI | Mutasi ialah perubahan bahan keturunan dalam sel sesuatu organisma. Dengan mengubah bahan ini, mutasi mengubah ciri-ciri tertentu. Sesetengah mutasi menghasilkan perubahan yang ketara. Misalnya, jenis anggur yang dinamakan Concord adalah hasil daripada mutasi. Mutasi ini menyebabkan pokok anggur liar menghasilkan anggur yang lebih besar dan lebih manis daripada sebelumnya. Mutasi boleh diturunkan kepada generasi akan datang. | UMUM | |
SPORT | Sport, dalam bidang genetik, ialah istilah yang merujuk kepada kemunculan tiba-tiba jenis keturunan baru tertentu pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sport ini disebabkan oleh terjadinya perubahan dalam sel yang dikenali sebagai mutasi (lihat Mutasi). Jenis baru sering digunakan sebagai induk untuk menghasilkan jenis baka yang baru. | UMUM | |
DE VRIES, HUGO | De Vries, Hugo (1848–1935) ialah ahli botani Belanda dan penuntut evolusi organik, yang lebih dikenali sebagai pengarang teori mutasi (lihat Mutasi). | UMUM | |
MULLER, HERMANN JOSEPH | Muller, Hermann Joseph (1890–1967), ahli genetik Amerika. Muller telah membuktikan bahawa sinar-x boleh menghasilkan mutasi (perubahan mendadak pada gen) dengan mendedahkan lalat buah kepada sinar-x. Dengan hasil kajiannya ini, yang diterbitkan pada tahun 1927, dia telah dianugerahi Hadiah Nobel tahun 1946 untuk fisiologi atau perubatan. | UMUM | |
TATUM, EDWARD LAWRIE | Tatum, Edward Lawrie (1909–1975) ialah ahli biokimia Amerika yang berkongsi Hadiah Nobel tahun 1954 untuk fisiologi atau perubatan kerana menemui bahawa gen mengawal proses kimia tertentu. Dia dan George W. Beadle mendapati bahawa mutasi yang disebabkan oleh sinar-x dan proses biokimia diturunkan kepada generasi berturutan. Tatum lahir di Colorado, Amerika Syarikat. Lihat juga Beadle, George W.; Keturunan (Kajian tentang kimia gen). | UMUM | |