MUTIARA | Mutiara ialah satu daripada permata yang paling berharga. Mutiara yang besar, berbentuk sempurna setara nilainya dengan batu permata yang paling berharga. Tetapi, mutiara berbeza daripada permata-permata lain. Kebanyakan permata adalah mineral yang dilombong dari bawah bumi. Tetapi mutiara terbentuk di dalam cangkerang tiram. Permata mineral adalah keras dan biasanya memantulkan cahaya. Bagaimanapun, mutiara adalah agak lembut dan menyerap serta memantulkan cahaya. | UMUM | |
INDUNG MUTIARA | | UMUM | |
PUYUH | Puyuh ialah sejenis burung kecil yang serumpun dengan famili kuang bayas, ayam hutan, grouse, ayam belanda, dan ayam mutiara. Burung ini hidup di padang rumput, belukar dan kawasan paya di setiap benua, kecuali Antartika. Terdapat sebanyak 45 spesies burung puyuh. Burung ini selalunya diburu untuk dimakan. | UMUM | |
AYAM ITIK | Ayam itik ialah haiwan yang dipelihara bagi mendapatkan daging dan telur untuk dijadikan makanan. Ayam dan ayam belanda merupakan jenis ternakan yang paling banyak dipelihara. Ternakan lain yang penting termasuklah itik, angsa, ayam mutiara dan ayam denak. Sesetengah jenis ternakan ini sangat berharga di negara-negara tertentu. Contohnya, ayam mutiara dan itik nila adalah ternakan penting di Perancis, manakala petani di bahagian timur Eropah pula memelihara banyak angsa. | UMUM | |
XI JIANG | Xi Jiang, juga dieja Hsi Chiang, ialah sungai yang terpenting di selatan China. Sungai ini bermula di sempadan wilayah Yunan dan Guizhou dan mengalir ke arah tenggara sejauh 2655 kilometer ke muara Sungai Zhujiang (Sungai Mutiara), yang memisahkan Tanah Besar China dari Hong Kong. | UMUM | |
MACAO | Macao, juga dieja Macau, ialah wilayah Portugis yang terletak di bahagian tenggara pantai negara China. Wilayah ini terdiri daripada bandar raya Macao yang terletak di bahagian semenanjung, dan tiga buah pulau kecil. Wilayah ini mempunyai penduduk seramai 436 000 orang dan meliputi 15 kilometer persegi. Wilayah ini terletak di muara Sungai Zhu Jiang (Sungai Mutiara), lebih kurang 65 kilometer di barat Hong Kong. Untuk lokasi, lihat Asia (peta politik). | UMUM | |
PULAU THURSDAY | Pulau Thursday terletak di Selat Tores, kira-kira 40 kilometer ke utara Cape York di Australia. Ia meliputi keluasan kira-kira 2.5 kilometer persegi. Pulau ini merupakan pusat pentadbiran Kepulauan Selat Torres. Di Pulau Thursday terdapat pejabat kerajaan, sebuah hospital, sebuah stesen radio dan telegraf dan sebuah stesen penyelidikan mutiara. Lebih daripada 2200 orang tinggal di pulau ini. Kebanyakannya adalah penduduk Kepulauan Selat Torres. Orang Eropah mula menetap di pulau ini pada tahun 1877. | UMUM | |
NAUTILUS | Nautilus ialah haiwan laut yang mempunyai badan yang lembut yang sebahagiannya ditutup oleh cangkerang yang berlingkar. Nautilus tergolong ke dalam kelas haiwan yang sama dengan sotong dan sotong kurita. Cangkerang nautilus mengandungi kira-kira 30 ruang yang digarisi oleh bahan berwarna pelangi yang dikenali sebagai gewang atau nakre . Bahan ini menyebabkan haiwan ini juga biasanya dikenali sebagai nautilus mutiara . Nautilus tinggal pada kedalaman antara enam meter hingga 300 meter di Lautan Pasifik Selatan dan Lautan Hindi. Ia makan ketam dan haiwan krustasia lain. Terdapat kira-kira enam jenis spesies nautilus yang ada pada hari ini. Sekurang-kurangnya terdapat 2000 bentuk fosil daripada jenis ini yang diketahui. | UMUM | |
ZAHARAH NAWAWI | ZAHARAH NAWAWI (1940- ), wartawan dan penulis. Dia lahir pada 5 Mei 1940 di Kampung Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Nama penuhnya ialah Zaharah binti Haji Nawi. Dia menggunakan nama samaran seperti I.M., Iman Murni, Pena Mutiara, Zahni Batu Pahat, Zahni Malaya, Sutera Dewangga dan Julai Isytihar dala penulisnya. | SASTERA | Tokoh |
KITAB TAJ MULUK | KITAB TAJ MULUK, kitab rujukan untuk mengubat pelbagai jenis penyakit. Kitab ini mempunyai judul yang lengkap sebagai Taj al-Muluk al-Mursa b Anwai al-Durri wa al-Jawahiri al-Manzumat yang bererti ’mahkota segala raja-raja yang bertatah mutiara maknikam yang tersusun’. | BUDAYA | Kitab |