SIFAR MUTLAK | Sifar mutlak ialah suhu teoretis apabila atom dan molekul sesuatu bahan mempunyai tenaga serendah mungkin. Suhu ini, yang dipercayai oleh ahli sains adalah suhu yang paling rendah boleh dicapai, bersamaan –273.15°C. Nilai ini berdasarkan sebahagiannya pada pemerhatian hubungan antara suhu dengan tekanan gas. Apabila suhu gas terbatas kepada isi padu tetap direndahkan, tekanannya berkurangan berkadaran langsung – seolah-olah ia akan menjadi sifar pada –273.15°C.
| UMUM | Konsep |
TIRANI | Tirani ialah istilah yang digunakan dalam sejarah untuk menggambarkan corak pemerintahan oleh seorang pemerintah yang mempunyai kuasa mutlak. Pada zaman Yunani purba, tirani bermaksud pemerintahan mutlak oleh seorang pemerintah. Kebanyakan tirani Yunani adalah pemerintahan yang baik dan bertanggungjawab. Istilah tirani boleh juga digunakan untuk merujuk kepada kerajaan yang diperintah oleh pemerintah mutlak yang mendapat kuasa melalui kekerasan tentera atau muslihat politik. Pemerintah seperti ini tidak akan mendapat sokongan majoriti rakyat dan perlu menggunakan kekerasan untuk mengekalkan kekuasaan. Satu lagi maksud tirani ialah kerajaan yang menggambarkan seorang atau sekumpulan orang yang memerintah dengan kejam, menindas, atau tidak adil. | UMUM | |
AGNOSTISISME | Agnostisisme ialah kepercayaan bahawa persoalan mutlak, terutamanya yang berhubung dengan kewujudan tuhan, tidak boleh dijawab. | UMUM | |
PERGERAKAN | Pergerakan terjadi apabila sesuatu objek bertukar tempat di dalam ruang. Pergerakan ialah istilah bandingan dan bukannya istilah mutlak. Sesuatu objek berkemungkinan berada dalam pergerakan bagi sesuatu objek lain tetapi berkemungkinan juga pegun bagi objek ketiga. Contohnya, andaikan anda sedang menaiki kereta api dan melewati seseorang yang sedang berdiri di tepi landasan. Orang yang berdiri di tepi landasan akan melihat anda dan penumpang lain di atas kereta api seperti sedang bergerak, tetapi penumpang yang duduk di sebelah anda di dalam kereta api sebenarnya duduk tetap pada pandangan anda. | UMUM | |
REVOLUSI JULAI | Revolusi Julai 1830 berlaku di Paris apabila rakyat Perancis memberontak menentang Raja Charles X. Raja Charles cuba menjadikan Perancis sebagai sebuah negara monarki mutlak seperti sebelum berlakunya Revolusi Perancis yang pertama. | UMUM | |
BRAHMAN | Brahman ialah nama tuhan yang paling mutlak dan abstrak dalam agama Hindu. | UMUM | |
ACTON, LORD | Acton, Lord (1834–1902), dianggap sebagai salah seorang sejarawan teragung pada tahun 1800-an. Dia menulis banyak esei, dan menjadi editor sebuah buku berpengaruh Cambridge Modern History . Acton amat disegani oleh sejarawan lain kerana kepintarannya, pertimbangannya, dan keilmuannya. Dia paling diingati atas kenyataannya, “All power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely”. (Semua kuasa terdedah kepada rasuah, dan kuasa mutlak terdedah kepada rasuah mutlak). | UMUM | |
KEBERALIRAN LAMPAU | Keberaliran lampau ialah fenomena apabila logam tertentu, aloi dan tembikar mengalirkan elektrik tanpa rintangan. Keberaliran daripada logam dan aloi berlaku pada suhu hampir sifar mutlak, iaitu –273.15 ° C. Plumbum, raksa dan timah menjadi pengalir lampau yang baik pada suhu tersebut. Sesetengah tembikar menjadi pengalir lampau pada suhu setinggi –148 ° C. | UMUM | |
PRIMOGENITUR | Primogenitur ialah sistem pewarisan yang diamalkan dengan meluasnya di Eropah sejak beratus-ratus tahun. Menurut sistem ini, anak sulung dalam sesebuah keluarga, dan biasanya anak lelaki yang tertua, mempunyai hak mutlak mewarisi pusaka (tanah dan harta benda lain) daripada ibu bapanya. | UMUM | |
JAHAI | JAHAI, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Semang-Negrito. Sebahagian besar masyarakat Jahai terdapat di bahagian timur negeri Perak, manakala selebihnya di bahagian barat laut negeri Kelantan. Bagaimanapun, mereka bergerak bebas di dalam kawasan atau wilayah Jahai di kedua-dua negeri ini tanpa dibatasi konsep hak mutlak ke atas tanah atau kawasan. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |