OPERETA | Opereta ialah sejenis teater muzikal yang popular sejak pertengahan tahun 1800-an hingga tahun 1920-an. Opereta berkembang daripada opera komedi Perancis. Walau bagaimanapun, tidak seperti opera, opereta mengandungi dialog yang diucapkan, bukan dialog yang dinyanyikan, dan lagu, bukan aria. Overtur opereta sering kali lebih merupakan rangkai lagu daripada pertunjukan itu daripada gubahan yang berasingan, seperti dalam opera. | UMUM | |
ÉTUDE | Étude ialah gubahan muzikal pendek yang ditulis khusus untuk membolehkan pelajar mengamalkan teknik tertentu. | UMUM | |
OVERTUR | Overtur ialah sejenis instrumental muzik yang digubah untuk dimainkan dalam karya muzikal yang lebih panjang, terutamanya opera. Sesetengah overtur, yang dikenali sebagai overtur konsert , sering dipersembahkan sebagai gaya instrumental muzik tersendiri. | UMUM | |
RICE, TIM | Rice, Tim (1944– ), penulis dan penyiar British, menjadi terkenal dengan usahasamanya bersama Andrew Lloyd Webber yang menghasilkan lakon muzikal Joseph and the Amazing Technicolour Dreamcoat (1968), Jesus Christ, Superstar (1970), dan Evita ! (1976). | UMUM | |
KAUFMAN, GEORGE S. | Kaufman, George S. (1889–1961) ialah penulis drama Amerika. Dia telah menulis lebih 40 buah drama dan komedi muzikal, yang hampir kesemuanya adalah hasil kerjasama dengan pengarang lain. Hasil karyanya yang terkenal ialah komedi satira yang bertenaga. | UMUM | |
KOMEDI MUZIK | Komedi muzik ialah sejenis drama yang mengisahkan sebuah cerita melalui gabungan dialog lisan, lagu, dan tarian. Komedi muzik juga dikenali sebagai muzikal. | UMUM | |
MICHENER, JAMES ALBERT | Michener, James Albert (1907–1997) ialah pengarang Amerika yang telah memenangi Hadiah Pulitzer tahun 1948 bagi kategori fiksyen untuk koleksi ceritanya, Tales of the South Pacific (1947). Buku itu menghuraikan kehidupan anggota tentera Amerika Syarikat di kalangan penduduk Kepulauan Solomon semasa Perang Dunia II. Joshua Logan, Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein II menerbitkan komedi muzikal mereka, South Pacific (1949) berasaskan koleksi cerita Michener. | UMUM | |
BRICE, FANNY | Brice, Fanny (1891–1951) ialah pelakon komedi dan penyanyi wanita Amerika dalam komedi muzikal dan di radio. Dari tahun 1910 hingga pertengahan tahun 1930-an, Brice mengambil bahagian dalam banyak persembahan pusparagam muzik. | UMUM | |
MOLNÁR, FERENC | Molnár, Ferenc (1878–1952) ialah penulis drama Hungary yang terkenal pada zamannya. Dia menulis drama komedi romantik dengan dialog yang lucu. Dalam The Guardsman (1910), seorang suami yang cemburu, berpura-pura menjadi musuhnya sendiri. The Glass Slipper (1924) mempersembahkan drama komedi berdasarkan kisah Cinderella. Liliom (1909) sebuah drama yang lebih serius mengenai taman hiburan, kemudiannya yang menjadi asas kepada drama muzikal Rodger dan Hammerstein, Carousel (1945). Antara drama komedi Molnár yang lain, termasuklah The Devil (1907), The Swan (1920), dan The Play’s the Thing (1926). | UMUM | |
AYCKBOURN, ALAN | Ayckbourn, Alan (1939– ), penulis drama dan pengarah teater British, menjadi terkenal kerana komedinya. Banyak komedinya memaparkan pelbagai aspek kehidupan di bandar. The Norman Conquests (1974) merupakan sebuah trilogi (kumpulan tiga drama) yang mengisahkan parti di rumah hujung minggu yang sama dari sudut pandangan tiga orang yang berbeza. Joking Apart (1979) mengisahkan bagaimana pasangan yang dominan lama-kelamaan berjaya menguasai hidup jiran-jiran mereka di subbandar. Lain-lain drama Ayckbourn termasuk Absurd Person Singular (1973), Sisterly Feelings (1980), Chorus of Disapproval (1985) dan Henceforward (1987). Ayckbourn juga terlibat dalam filem muzikal. | UMUM | |