MUZIUM SENI | Muzium seni lihat Muzium (Muzium seni). | UMUM | |
MUZIUM SENI METROPOLITAN | Muzium Seni Metropolitan di New York City ialah muzium seni yang terbesar di Amerika Syarikat. Muzium ini mengandungi lebih dua juta karya seni. Bangunannya dimiliki oleh kota New York, tetapi koleksinya menjadi milik perbadanan yang mengendalikan muzium itu di bawah piagam yang diberikan pada tahun 1870. Muzium ini mengadakan konsert dan ceramah di auditorium yang boleh memuatkan seramai 700 orang. Kedainya menjual buku seni, poster, dan reproduksi karya seni daripada koleksinya. | UMUM | |
MUZIUM BRITISH | Muzium British, di London, adalah antara muzium agung kebangsaan yang paling tua. Koleksi yang dipamerkan adalah antara yang terbaik di dunia. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1753 melalui akta Parlimen selepas Sir Hans Sloane, doktor British dan juga ahli botani mewasiatkan kesemua koleksinya kepada negara. Muzium ini dibuka pada 15 Januari 1759, di Montagu House, West End; London. Pada tahun 1847, bangunan baru telah menggantikan Montagu House dan penambahan koleksi telah dilakukan semenjak tarikh tersebut. Muzium British menarik lebih empat juta pengunjung setiap tahun. | UMUM | |
MUZIUM NEGARA | MUZIUM NEGARA , muzium utama di Malaysia. Muzium negara berfungsi sebagai tempat menyimpan, memelihara, menyelamat dan mempamer khazanah warisan budaya negara. Koleksi yang dihimpun mempunyai unsur sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi yang diperoleh, sama ada melalui penyelidikan di lapangan, pembelian, hadiah, derma atau pinjaman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MUZIUM SENI MODEN | Muzium Seni Moden di New York ialah salah sebuah muzium yang terkemuka di dunia yang khusus mengumpul dan mempamerkan hasilhasil seni moden. Ia menempatkan lebih daripada 100 000 objek yang mewakili kesemua pergerakan seni utama sejak dari tahun 1880 sehingga kini, dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain. | UMUM | |
MUZIUM | Muzium ialah sebuah institusi yang mempamerkan bahan seni dan bahan pendidikan kepada orang ramai. Bahan yang tersedia untuk kajian dan pemerhatian dikenali sebagai koleksi. Koleksi terdiri daripada bahan spesimen saintifik, hasil seni, dan pameran serta maklumat mengenai sejarah atau teknologi. Muzium juga menyediakan maklumat kepada penyelidik, pelajar, dan ahli komuniti yang lain. Pegawai muzium menyediakan bahan-bahan pameran dan menjaganya selepas dipamerkan. | UMUM | |
MUZIUM TANAMAN | Muzium tanaman, gedung simpanan dan arkib pokok-pokok tanaman yang mempamerkan data-data lengkap seperti rekod geografi, ekologi, sejarah, keterangan etnobotani dan data penyelidikan. | PERTANIAN | Institusi/Organisasi |
ALLEY, REWI | Alley, Rewi (1897–1987) ialah penyair New Zealand, menjadi terkenal kerana usahanya dalam koperasi perindustrian di China. Dia diberi penghormatan di sebuah muzium di Wuhan yang didedikasikan kepada pengasas Revolusi Komunis pada tahun 1949. | UMUM | |
TAKSIDERMI | Taksidermi ialah teknik untuk mengawet haiwan untuk menunjukkannya seperti rupanya semasa ia hidup. Perkataan taksidermi berasal daripada dua perkataan Yunani yang bermakna susunan dan kulit . Muzium sejarah alam semula jadi biasanya mempamerkan pelbagai haiwan dalam latar semula jadinya. | UMUM | |
SHAHRUM YUB | SHAHRUM YUB, Dato’ (1934- ), budayawan, penulis, Ketua Pengarah Muzium Negara (1972-1991). Dia lahir pada 21 April 1934 di Tanjung Malim, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pulau Tiga, Tepus, Tanjung Belanja dan di Tanjung Malim, Perak hingga tahun 1949. Dia menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris Methodist Tanjung Malim dan Sekolah Anderson, Ipoh, hingga lulus Overseas School Certificate pada tahun 1953, dan Higher School Certificate (HSC) pada tahun 1956. Dia mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropologi) dari University of Leeds, England (1960). Pada tahun 1961, dia mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Muzium di samping berkhidmat secara sementara dengan British Museum selama setahun. Sekembalinya ke tanah air, dia berkhidmat dengan Jabatan Muzium sebagai Kurator Etnologi pada 9 Januari 1962. | BUDAYA | Tokoh |