CANTUMAN P-N | Cantuman p-n, kawasan pertemuan dua jenis semikonduktor, iaitu jenis n dan jenis p. Kebanyakan peralatan semikonduktor menggunakan cantuman di antara semikonduktor jenis n, iaitu penderma dan semikonduktor jenis p, yang bertindak sebagai penerima. | FIZIK | Alat/Alatan |
ROCK- 'n' -ROLL | satu bentuk muzik yang popular. Muzik ini mula muncul di Amerika Syarikat pada awal tahun 1950-an. | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
N | N ialah huruf ke-14 dalam abjad Inggeris. Ia juga huruf ke-14 dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Simbol ini berasal daripada hiroglif Mesir (atau tulisan bergambar) untuk ular. Kemudian tradisi Semit Barat menamakan huruf ini sebagai nun, perkataan yang digunakan untuk ikan. Orang Yunani mengambil alih huruf ini daripada Phoenicia dan menamakannya sebagai nu. Lihat Abjad. | UMUM | |
N'DJAMENA | N’Djamena (pend. 511 700) ialah ibu negara dan bandar terbesar Chad. Ia terletak di sempadan barat daya negara tersebut, iaitu di pertemuan Sungai Chari dan Sungai Logone. Untuk lokasi, lihat Chad (peta). | UMUM | |
AIDIT D.N. | Aidit D.N. (1923–1965), mengetuai Parti Komunis Indonesia dari tahun 1951 hingga tahun 1965. Dia berjaya membina sebuah parti politik Indonesia yang terbesar dan tersusun dengan baik, dengan keanggotaan lebih daripada tiga juta orang. Parti Komunis yang diketuainya menyokong Presiden Sukarno. Selepas percubaan rampasan kuasa oleh pegawai tentera prokomunis pada tahun 1965, Aidit melarikan diri ke Jawa Tengah, dan dia telah ditembak di sana. | UMUM | |
DHARMALA N.S. | DHARMALA N.S. (1947- ), penulis. Dia lahir pada 21 Disember 1947 di Kampung Bacang Manting, Mukim Hulu Teriang, Jelebu, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Abdul Muluk bin Daud. Pada tahun 1976, dia lulus Sijil Tinggi Persekolahan dan berpeluang mengikuti Kursus Penulisan Kreatif dan Ilmiah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. | SASTERA | Tokoh |
MASURI S.N. | MASURI S.N. (1927- ), penyair Singapura. Dilahirkan 11 Jun 1927 di Geylang Serai, Singapura. Huruf S dan N selepas nama Masuri itu ialah singkatan bagi Salikun dan Nawi. Salikun ialah nama ayahnya dan Nawi pula ialah gelaran ayahnya. Dia juga menggunakan nama pena Martina. | SASTERA | Tokoh |
D.N. AIDIT | D.N. AIDIT (1923-1965), Setiausaha Agung Parti Komunis Indonesia (PKI). Dia lahir pada 30 Julai 1923 di Pulau Bangka, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Jafar Nawawi Aidit. Dia merupakan seorang pemimpin pemuda pada saat Proklamasi Indonesia pada bulan Ogos 1945. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SHORAN | Shoran (kependekan bagi short range navigation) ialah sistem elektronik yang digunakan untuk pandu arah udara julat dekat. Kapal terbang yang menggunakan shoran menghantar isyarat radio ke dua stesen bumi, yang menyiarkan semula isyarat itu kepada kapal terbang berkenaan. Alatan elektronik merekodkan jeda masa antara penghantaran dengan penerimaan isyarat. Shoran mengira jarak ke stesen berdasarkan jeda masa tersebut. Shoran dicipta semasa Perang Dunia II oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan industri swasta. Lihat juga Loran; Pandu arah. | UMUM | |
NEWTON | Newton unit dalam sistem metrik yang digunakan untuk mengukur tenaga. Simbolnya N. Satu newton ialah tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan atau mengurangkan halaju satu kilogram objek kali satu meter sesaat setiap saat. Jumlah newton yang diperlukan untuk memecutkan objek dapat dikira dengan menggunakan formula F = ma. Jisim ( m ) suatu objek dalam kilogram didarab dengan gerakan ( a ) dalam meter sesaat persegi untuk menentukan tenaga ( F ). Unit newton diberi nama bersempena dengan nama ahli sains Inggeris Sir Isaac Newton. Lihat juga Pascal. | UMUM | |