Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INTONASI

Intonasi ialah turun naik nada suara dalam pertuturan. Semasa bertutur, nada suara menjadi berubah-ubah.

BAHASAKonsep
TENOR

Tenor ialah suara nyanyian kedua tertinggi bagi

lelaki. Hanya penyanyi lelaki yang menyanyi dengan

nada suara countertenor (kontralto) sahaja yang dapat

menyanyi dengan nada yang lebih tinggi. Kebanyakan

penyanyi tenor mempunyai julat suara antara lebih

kurang satu oktaf di bawah C tengah hingga ke B flat

di atas C tengah. C tengah ialah not C yang berada

paling dekat dengan bahagian tengah not nada

piano. Kebanyakan penyanyi tenor opera khususnya

dalam bidang drama dapat menyanyikan not yang

lebih tinggi daripada julat normal yang paling atas.

UMUM 
SESSIONS, ROGER

Sessions, Roger (1896–1985) ialah penggubah

dan guru Amerika. Gubahannya begitu cermat,

serius dan intelektual. Sessions menulis

dalam teknik 12 – nada moden, tetapi dia percaya

bahawa seseorang penggubah tidak harus

terbatas kepada satu sistem muzik tertentu sahaja.

Sessions mengarang muzik untuk orkestra,

kumpulan muzik kamar, korus, suara solo, organ

dan juga piano. Dia juga menggubah dua opera.

Karyanya yang paling popular ialah muzik orkestra

The Black Maskers (1923). Sessions pernah

memenangi Hadiah Pulitzer bagi bidang muzik

pada tahun 1982 untuk karyanya Concerto for

Orchestra (1981).

UMUM 
MUZIK ELEKTRONIK

Muzik elektronik ialah muzik yang bunyinya

dihasilkan secara elektronik. Para penggubah

menggunakan peralatan elektronik untuk

mengeluarkan bunyi yang mempunyai

kelantangan, nada, irama dan alunan yang

dikehendaki. Mereka menyusun bunyi ke dalam

pita bermagnet atau cakera komputer untuk

menghasilkan satu gubahan muzik dan

memainkan semula muzik tersebut dengan

menggunakan perakam pita yang dilengkapkan

dengan pembesar suara.

UMUM 
INTONASI BAHASA MELAYUINTONASI BAHASA MELAYU, lagu atau ragam suara yang berirama dengan naik turunnya nada dalam ucapan.BAHASAKonsep
TATABAHASA

Tatabahasa ialah satu set prinsip yang dengannya

bahasa berfungsi. Tatabahasa menjadi panduan cara

perkataan boleh disusun dan diubah supaya kita

boleh berkomunikasi dengan mudah dan tepat.

Semua bahasa tidak berfungsi dengan cara yang

sama. Bahasa Latin amat bergantung pada perubahan

bentuk perkataan. Bahasa China menekankan nada

suara penutur. Bahasa Inggeris menekankan tertib

perkataan. Bagaimanapun, semua ciri ini, sedikit

sebanyak, termasuk dalam banyak bahasa.

UMUM 

Kembali ke atas