NADI | Nadi disebabkan oleh regangan arteri yang berlaku selepas setiap denyutan jantung. Ia boleh dirasa dengan meletakkan jari tangan pada pergelangan tangan atas dari ibu jari, pada arteri radial. Nadi juga boleh dirasa dengan menyentuh pelipis tempat terletak arteri temporal, dan di lain-lain tempat pada badan tempat arteri berhampiran dengan permukaan kulit. | UMUM | |
SENAPANG ELEKTRON | Senapang elektron ialah nadi bagi berbagai- bagai peranti elektron. Ia termasuk tiub televisyen, tiub osiloskop, mikroskop elektron dan mesin sinar-x. Dalam tiub televisyen, senapang elektron menghasilkan alur elektron yang tajam seperti pensel, yang dipecut ke arah skrin pendarfosfor. Elektron mengenai fosfor pada skrin dan menyebabkan ia berkilau. Alur “menulis” gambar pada skrin sama caranya seperti pensel menulis pada kertas. Semakin tinggi halaju elektron, semakin terang imej pada skrin. Dalam penerima televisyen, senapang elektron menulis ratusan garis mendatar bagi setiap gambar. Ia menulis setiap garis dalam masa satu per 60 juta saat. | UMUM | |
EKSPLORASI PETROLEUM | Kegiatan dalam usaha penemuan dan penambahan simpanan petroleum yang baru. Umumnya, usaha eksplorasi merupakan kegiatan penting atau nadi dalam industri …Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
PETROLEUM | Petroleum adalah salah satu daripada sumber semula jadi yang paling berharga di dunia. Sesetengah orang menamakan petroleum emas hitam , tetapi lebih baik sekiranya ia diperikan sebagai nadi negara perindustrian. Bahan api yang dibuat daripada petroleum membekalkan kuasa kepada kereta, kapal terbang, kilang, kelengkapan ladang, trak, kereta api, dan kapal. Bahan api petroleum juga menjana haba dan tenaga elektrik untuk rumah dan premis perniagaan. Keseluruhannya, petroleum membekalkan hampir separuh daripada tenaga yang digunakan di dunia. | UMUM | |
REPUBLIK ARAB MESIR, SEJARAH. | Republik Arab Mesir, Sejarah. Mesir ialah negara yang terletak di Timur Laut Afrika. Ia disempadani oleh Laut Merah di Timur, Laut Mediterranean di Utara, gurun Libya di Barat dan Sudan di Selatan. Sungai Nil merupakan nadi kehidupan di Mesir. | UMUM | |
BUKIT AMAN | BUKIT AMAN, kompleks Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia. Segala dasar, arahan, dan perintah untuk seluruh pasukan polis digubal dan dikeluarkan dari Bukit Aman. Di sini juga terletak Pusat Kawalan Negara (Malaysia Control Centre) yang disifatkan sebagai nadi negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |