NADIR | Nadir ialah titik di angkasa yang betul-betul berada di atas kepala seseorang yang berdiri. Bagi seseorang pemerhati di bumi, langit kelihatan seperti separuh kubah dengan bahagian tepinya membentuk satu bulatan besar yang terletak di atas permukaan bumi yang rata. Bayangkan satu garisan ladung tergantung dari bahagian pusat kubah ini, betul-betul di atas kepala anda, dan melalui pusat bumi ke angkasa sehingga ke titik pusat separuh kubah yang tidak kelihatan itu yang terletak di bawah bumi. Kedua-dua titik yang menandakan penghujung garisan ladung yang kita bayangkan tadi, ialah <I>zenit I>dan <I>nadirI>. Titik-titik ini ialah kutub bagi ufuk, dan setiap satunya berkedudukan 90° darjah dari ufuk tersebut. Lihat juga Zenit. | UMUM | |
BANI NADIR | Bani Nadir, sekumpulan puak Yahudi di Yathrib yang datang dari Palestin kerana lari daripada tekanan kerajaan Rom yang memerintah ketika itu. | AGAMA | Bangsa/Suku/Kaum |
HARIMAU NADIR. | | UMUM | |
BUMI NADIR | | UMUM | |
SAMARIUM | Samarium ialah unsur kimia dengan simbol Sm. Ia adalah satu daripada logam nadir bumi. Nombor atomnya ialah 62 dan berat atomnya ialah 150.36. Ketumpatannya ialah 7.536 gram per sentimeter padu pada 25 ° C (lihat Ketumpatan ). Ia dinamakan sempena nama jurutera Rusia Kolonel Samarski. Paul Émile Lecoq de Boisbaudran dari Perancis menemui samarium pada tahun 1879. Samarium paling baik dipisahkan daripada lain-lain nadir bumi melalui proses pertukaran ion atau proses ekstraksi pelarut. Samarium berwarna perak dan mengoksida dengan perlahan dalam udara. Oksida biasa, Sm 2 O 3 , berwarna kuning pucat dan larut dengan cepat dalam kebanyakan asid. Logam ini melebur pada 1074 ° C dan mendidih pada 1794 ° C. Aloi samarium dan kobalt adalah bahan magnet yang sangat baik dan mempunyai banyak kegunaan komersial. Lihat juga Bumi nadir; Unsur kimia. | UMUM | |
OKAPI | Okapi ialah haiwan nadir yang hidup di hutan tebal di sekitar lembangan Sungai Congo di Afrika. Ia ditemui di sana oleh penjelajah Eropah pada tahun 1900. Okapi tingginya kira-kira 1.5 meter pada paras bahu. Ia berkaitan dengan zirafah, tetapi lehernya jauh lebih pendek. Badan okapi berwarna perang berangan tua, mukanya putih, pinggul dan kaki atasnya berbelang-belang putih. Okapi jantan mempunyai sepasang tanduk yang pendek dan berbulu. | UMUM | |
SOLENODON | Solenodon ialah haiwan nadir yang kelihatan seperti tikus berhidung panjang. <i>Solenodon kepalai> <i>kuning i>hidup di Cuba, dan <i>solenodon perang i>hidup di Haiti. Solenodon hidup di kawasan berhutan. Pada waktu siang, ia berehat dalam batang berongga dan keluar untuk mencari makanan hanya pada waktu malam. Ia mencakar dengan cakarnya yang panjang untuk mencari serangga. Haiwan ini beratnya kira-kira satu kilogram dan membesar sehingga kira-kira 60 sentimeter panjangnya, termasuk ekornya yang keras, bersisik, yang panjangnya lebih kurang 25 sentimeter. Ia mempunyai muncung yang panjang, runcing dan bulu yang pendek, kasar. Air liur solenodon adalah beracun. | UMUM | |
KAKAPO | Kakapo ialah burung nuri nadir di New Zealand. | UMUM | |
NOTORNIS | Notornis ialah nama saintifik bagi burung nadir yang tidak boleh terbang di New Zealand. Burung ini juga dikenali sebagai <i> takahe. i> Ia kini pupus di Pulau Utara. Burung ini bertebaran luas di Pulau Selatan pada zaman dahulu. Hanya beberapa spesies notornis didapati dari tahun 1849 hingga tahun 1898. Ia kemudiannya lenyap, dan ahli sains menyangka ia telah pupus. Ia ditemui semula pada tahun 1948. | UMUM | |
MONAZIT | Monazit ialah mineral berat, berwarna kuning-perang. Ia adalah sebatian fosfat (fosforus dan oksigen), yang terdiri daripada logam nadir bumi dan torium. Formula kimianya ialah (Th , Ce, la, Y)PO 4 . Monazit adalah satu sumber daripada torium, iaitu bahan api nuklear yang digunakan dalam sesetengah reaktor nuklear. Monazit juga adalah sumber penting bagi unsur dan sebatian nadir bumi, yang digunakan dengan meluas dalam pembuatan kaca dan logam. | UMUM | |