NAHU | Nahu ialah satu set peraturan tentang kata dan pembentukannya, dan peraturan tentang ayat dan pembentukannya. | BAHASA | Konsep |
ABU ZAYD AL-ANSARIY | Abu Zayd al-Ansariy ( ?–251 H./ ? –830 M.), pakar ilmu nahu dan pengarang buku-buku sastera dan bahasa. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn Aws ibn Thabit al-Ansariy. Dia ialah imam yang terkenal. Dia mampu menguasai ilmu bahasa dan ilmu-ilmu yang sukar dikuasai oleh orang lain. Dia berguru dengan Abu ‘Amru ibn al-‘Ala’, Ru’yah ibn al-‘Ajaj, ‘Amru ibn ‘Abid, Abu Hatim al-Sajistaniy, Abu ‘Ubayd al-Qasim ibn Salam, ‘Umar ibn Shu‘bbah dan sekumpulan tokoh lain. Abu al-‘Abbas pernah berkata, “Abu Zayd seorang yang berkebolehan dalam ilmu nahu tetapi masih tidak mampu menyaingi al-Khalil dan Sibawayh. Sekalipun Yunus menyamainya dalam penguasaan ilmu bahasa, namun Yunus lebih mengatasinya dalam ilmu nahu. Abu Zayd ialah orang ketiga dalam penguasaan ilmu nahu”. | UMUM | |
PERBANDINGAN | Perbandingan dalam nahu, ialah infleksi sesetengah adjektif dan adverba untuk menyatakan darjah kualiti yang lebih besar atau lebih kecil yang dimaksudkan oleh kata itu. Infleksi bermakna menukar bentuk kata. Adjektif milik, adjektif penunjuk dan adjektif pembatas tidak dapat dibandingkan. | UMUM | |
MUGHNIY AL-LABIB | Mughniy al-Labib ialah kitab karya Ibn Hisyam al-Ansariy. Ia dianggap sebagai kitab nahu yang penting dan baik. Nama lengkap kitab ini ialah Mughniy al-Labib ‘an Kutub al-A’arib . Ibn Khaldun berkata: “Kami tidak pernah menjumpai seorang yang pakar dalam bidang nahu selepas Sibawayh melainkan Ibn Hisyam dan kami tidak pernah jumpa kitab yang lebih baik daripada kitab al- Mughniy”. | UMUM | |
NUZHAH AL-ALIBBA' FI TABAQAT AL-UDABA' | Nuzhah al-Alibba’ fi Tabaqat al-Udaba’, kitab yang membahaskan ahli bahasa, ahli nahu dan ahli sastera. Kitab ini dikarang oleh Abu al- Barakat, Kamal al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad al-Anbariy (meninggal dunia pada tahun 577 H./1181 M.). Dia ialah salah seorang daripada ‘ulama‘ nahu yang terkenal serta mengarang banyak kitab ilmiah. | UMUM | |
PANINI | Panini ialah ahli nahu bahasa Sanskrit. Para cendekiawan tidak pasti mengenai keterangan lanjut hidupnya. Dia mungkin lahir di Punjab pada tahun 500-an atau 600-an SM. | UMUM | |
SIBAWAYH | Sibawayh (148–188 H. / 769–804 M.), pelopor nahu Arab dan pakar bahasa. Nama penuhnya ialah Abu Bishr ‘Amru ibn ‘Uthman ibn Qanbar. Dia merupakan antara orang terawal menyusun ilmu tatabahasa Arab serta penulis buku ‘al-Kitab’. Sebenarnya, ‘Sibawayh ‘ ialah perkataan Parsi yang bermaksud ‘wangian epal‘. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ibunya memberi nama timangan tersebut sewaktu dia masih kecil. Dia berbangsa Parsi dan berasal dari bandar al-Baidha’ dan membesar di Basrah. Walaupun begitu, ulama berselisih pendapat tentang tarikh kelahiran dan kematiannya yang sebenar. | UMUM | |
AKHFASH, ALI AL- | Akhfash, Ali al-( ? –315 H./? –927 M.) ialah ahli nahu. Nama penuhnya ialah Abu al-Hassan ‘Ali ibn Sulayman ibn al-Fadl. | UMUM | |
KATA SERU | Kata seru ialah kata yang digunakan dalam ayat sebgai unsur bebas. Dari segi nahu, ia tidak berkaitan dengan kata lain. Istilah ini, dalam bahasa Inggeris interjection, berasal daripada kata Latin yang bermakna tercampak di antara. Kata seru tidak mempunyai ciri-ciri bentuk yang boleh dikenal pasti, tetapi boleh digambarkan dalam cara penggunaannya. | UMUM | |
ZAMAKHSYARI, AL- | Zamakhsyari, al- (467 H – 538 H/1074 M – 1143 M), tokoh dalam bidang ilmu tafsir, nahu, bahasa, dan sastera. Nama penuhnya ialah Abu al-Qasim Mahmud ibn Amru ibn Ahmad al-Zamakhsyari Jarullah. Dia mempunyai pengetahuan yang luas dan kehebatan tersendiri dalam pelbagai bidang ilmu. | UMUM | |