NAMA SAMARAN | Nama samaran ialah nama rekaan yang digunakan oleh pengarang dan orang lain yang ingin menyembunyikan identiti sebenarnya, atau hanya ingin dikenali dengan nama lain. Satu nama samaran pengarang yang termasyhur ialah Mark Twain, iaitu nama yang digunakan oleh humoris Amerika, Samuel Langhorne Clemens. “Nama pentas” yang digunakan oleh pelakon lelaki dan pelakon wanita adalah juga jenis nama samaran. Lihat juga Nama (Nama-nama lain). | UMUM | |
ARIFIN NGAH | Penulis. Dia lahir pada 28 Mac 1939 di Kuala Terengganu, Terengganu. Dalam bidang penulisan dia juga menggunakan nama samaran Moriffin SN dan Melati Timur. Ariffin mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Bukit Tunggal, Kuala Terengganu sebelum menyambung pendidikannya ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dan Institut Bahasa, Kuala Lumpur. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian. | SASTERA | Tokoh |
ABDUL AZIZ ABBAS | ABDUL AZIZ ABBAS (1941- ), penulis, Dia lahir pada 1 April 1941 di Kampung Tanjung Bayan, Teluk Intan, Perak. Aziz pernah menggunakan nama samaran Adly Azamin. | SASTERA | Konsep |
ABDULLAH HUSSAIN, DATO | ABDULLAH HUSSAIN, Dato (1920 - ), penulis, wartawan, aktivis politik dan Sasterawan Negara yang kelapan. Dia lahir pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau, Yan, Kedah. Dalam penulisan, dia banyak menggunakan nama samaran, antaranya termasuklah Iskandar Muda, Roslani Ashikin, Suryakanta dan Zamroed. | SASTERA | Konsep |
NAMA PENA | Nama pena ialah nama yang digunakan oleh pengarang sebagai ganti namanya yang sebenar. Nama pena juga dikenali sebagai nama samaran . Ribuan pengarang menggunakan nama pena. Kebanyakannya adalah novelis popular yang menggunakan lebih daripada satu nama pena untuk mengelakkan pasaran dibanjiri dengan karya yang diterbitkan atas nama yang sama. Penulis kadangkala menggunakan nama pena untuk menyembunyikan identiti mereka atas alasan perundangan, untuk melindungi peribadi mereka atau kerana mereka menangani karya yang bersifat sangat peribadi dan kontroversi. Pada tahun 1800- an, ramai penulis wanita menggunakan nama pena lelaki kerana wujudnya diskriminasi seks terhadap penulis wanita. | UMUM | |
RAHMAN SHAARI | RAHMAN SHAARI (1949- ), penyair dan penulis. Dia lahir pada 5 September 1949 di Kampung Utan Lembah, Oran, Perlis. Di samping namanya, dia pernah menggunakan nama samaran Fadzri Aris, Jufrie Jantan dan Malik Iskandar. Rahman mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Guar Nangka, Sekolah Kebangsaan Oran dan Sekolah Menengah Derma, Kangar. Pada tahun 1965, dia belajar dalam jurusan sains di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. | SASTERA | Tokoh |
NUR SUTAN ISKANDAR | NUR SUTAN ISKANDAR (1893 – 1975), penulis Indonesia. Dia lahir pada 3 November 1893 di Sungai Batang, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Dia menggunakan nama samaran Nur Sinah Iskandar. | SASTERA | Tokoh |
JOESOEF SOU'YB | JOESOEF SOU’YB (1916- ), wartawan dan penulis Indonesai. Dia lahir pada 14 Julai 1916 di Bayur-Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Dia pernah menggunakan nama samaran Ki Iwan Prawira, Mr. Duncy, Inangda, J.S. Datoek Sri Maharadja dan Achyar Eldine. | SASTERA | Tokoh |
KAMARIAH SAADON | KAMARIAH SAADON (1920- ), penulis cerpen dan novel. Dia lahir pada 20 Ogos 1920 di Johor Baru, Johor. Dia menggunakan nama samaran Kamariah Johor, Melati Tanjung Puteri dan Qamar. Dia mendapat pendidikan rendah di Johor Baru. Setelah menamatkan persekolahan, dia terpilih menjadi guru pelatih dalam kumpulan 24 guru perintis perempuan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka (1935) yang merupakan satu-satunya institusi pendidikan tinggi untuk melatih guru. | SASTERA | Tokoh |
RUKIAH ABU BAKAR | RUKIAH ABU BAKAR (1939 – ), penulis. Dia lahir pada 23 November 1939, di Rengit, Batu Pahat, Johor. Dia pernah menggunakan nama samaran Yahmila. Dia mendapat pendidikan awal hingga Darjah Enam di Sekolah Melayu Rengit, Batu Pahat (1949 – 1953). Setelah menamatkan pelajarannya, Rukiah menjadi guru pelatih dan ebrtugas di Sekolah Melayu Mawar, Sungai Tongkang, Rengit (1954 – 1958). Rukiah juga pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Sinaran, Tampok, Benut, Pontian. Di samping mengajar, Rukiah berkesempatan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (1967) dan Sijil Tinggi Persekolahan. | SASTERA | Tokoh |