| BORIA | name=OLE_LINK80>name=OLE_LINK79>name=OLE_LINK78>name=OLE_LINK77>BORIA, seni pentas yang popular di Pulau Pinang. Pada masa dahulu, boria merupakan sebuah pantomim dalam perayaan Muharam yang diraikan oleh golongan Syiah Islam bagi merakamkan takziah atas peristiwa Perang Karbala dalam sejarah Islam di Timur Tengah. Walau bagaimanapun, pantomim takziah yang terdapat di Pulau Pinang pada masa itu banyak dipengaruhi oleh acara perayaan Durgapuja dari India yang dibawa oleh askar India Islam Syiah. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
| BERITA MALAI | name=OLE_LINK4>name=OLE_LINK3>BERITA MALAI, akhbar harian bertulisan Rumi yang diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Akhbar ini ditertibkan di Singapura (Syonan-To) pada 1 Januari 1943 oleh Malal Shimbun Sha (Syarikat Persuratkhabaran Melayu). Penerbitannya adalah sebagai satu usaha untuk menyatukan beberapa buah akhbar yang masih erbit pada masa itu, seperti Utusan Melayu dan Warta Malaya supaya menjadi sebuah akhbar yang diletakkan di bawah pengawasan pihak Jepun. | SASTERA | Kitab |
| BRAGA | name=OLE_LINK2>name=OLE_LINK1>Braga (pend. 65 008) ialah bandar di barat laut Portugal. Ia terletak di tengah-tengah kawasan perladangan yang subur. Untuk lokasi, lihat Portugal (peta politik). | UMUM | |
| BORONIA | name=OLE_LINK2>name=OLE_LINK1>Boronia ialah nama yang diberikan kepada kira-kira 90 spesies famili sitrus yang tumbuh hanya di Australia. Boronia biasa terdapat di kawasan rawa. Kebanyakannya tumbuh di Australia Barat. Kebanyakan boronia adalah pokok renek yang mempunyai bunga kembang, berwarna samar, berbau harum, dan mempunyai empat kelopak dan lapan stamen. | UMUM | |
| BURROUGHS, WILLIAM | name=OLE_LINK24>name=OLE_LINK23>Burroughs, William (1855–1898) ialah pereka Amerika, paling terkenal kerana membangunkan mesin kira. | UMUM | |
| BUNYAN, PAUL | name=OLE_LINK2>name=OLE_LINK1>Bunyan, Paul ialah pembalak gergasi dalam cerita rakyat Amerika. | UMUM | |
| BUFFALO BILL | name=OLE_LINK2>name=OLE_LINK1>Buffalo Bill (1846–1917) atau nama sebenarnya William Frederick Cody, ialah pengawal sempadan dan penembak yang terkenal di barat Amerika. Cody kemudian menjadi penghibur terkenal. | UMUM | |
| BRABHAM, SIR JOHN | name=OLE_LINK2>name=OLE_LINK1>Brabham, Sir John (1926– ) ialah pemandu kereta lumba Australia yang memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia pada tahun 1959, 1960 dan 1966. | UMUM | |
| BOUTROS GHALI, BOUTROS | name=OLE_LINK2>name=OLE_LINK1>Boutros Ghali, Boutros (1922 M – ) ialah diplomat dan ahli politik Mesir. Dia menjawat jawatan Setiausaha Agung keenam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1992. Boutros-Boutros Ghali menggantikan Javier Perez de Cuéllar yang memegang jawatan tersebut dari tahun 1982 hingga tahun 1991. | UMUM | |
| BEBAYUH | name=OLE_LINK2>name=OLE_LINK1>BEBAYUH, pengubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melanau di Sarawak, di daerah Bintulu, upacara bebayuh dikenal sebagai ‘puat’. Bebayuh merupakan upacara memanggil atau menyeru hantu-hantu yang boleh mendatangkan penyakit. | BUDAYA | Konsep |