Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nang.ka] | نڠک

Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg buahnya berulas-ulas dan boleh dimakan, a) Artocarpus heterophyllus; b) Artocarpus integer; orang makan ~, awak kena getah prb orang lain yg berbuat salah, kita yg mendapat kesu­sahan (menanggung akibatnya); siapa makan ~ maka kena getahnya prb siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung hukuman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nang.ka] | نڠک

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung kepu­dang, Oriolus maculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nang.ka] | نڠک

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berulas-ulas dan boleh di­ma­kan), Artocarpus heterophyllus (integer). ~ belanda buah nona (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nangka

Puisi
 

Dari cempedak baik nangka,
     Nangka panjang tangkainya;
Dari budak baik orang tua,
     Orang tua panjang akalnya.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Bagai nangka masak gugur.

Bermaksud :

Jatuhnya orang yang gemuk.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NANGKA

Nangka ialah pokok tropika yang cepat tumbuh

dengan buahnya besar dan boleh dimakan.

Pokok ini malar hijau dan tumbuh sehingga 15

meter tingginya. Ia mempunyai bunga jantan dan

betina yang berasingan. Buahnya boleh mencapai

sehingga 27 kilogram beratnya. Ia mempunyai

bau yang harum dan isinya berwarna kuning dan

bergetah.

UMUM 
ABANG HAJI MUHAMMAD SALAHUDDIN

ABANG HAJI MUHAMMAD SALAHUDDIN, Tun(1921- ),ahli politik, Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ketiga (1977-1981). Dia lahir pada 27 Ogos 1921 di Kampung Nangka, Sibu, Sarawak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
HALWA

HALWA, penganan manis yang diperbuat daripada buah-buahan seperti betik, nanas, kundur, mangga, nangka, limau kasturi, belimbing dan cermai. Buah-buahan ini digubah seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran dan lain-lain. Halwa disediakan untuk hari raya dan majlis perkahwinan atau sebagai hidangan biasa.

BUDAYAKonsep
RAHMAN SHAARIRAHMAN SHAARI (1949-    ), penyair dan penulis. Dia lahir pada 5 September 1949 di Kampung Utan Lembah, Oran, Perlis. Di samping namanya, dia pernah menggunakan nama samaran Fadzri Aris, Jufrie Jantan dan Malik Iskandar. Rahman mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Guar Nangka, Sekolah Kebangsaan Oran dan Sekolah Menengah Derma, Kangar. Pada tahun 1965, dia belajar dalam jurusan sains di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.SASTERATokoh
SIBU

SIBU, pelabuhan penting di Sarawak pada abad ke-19.  Dari segi geografi, Sibu terletak seolah-olah di atas sebuah pulau yang terbentuk oleh lekukan Sungai Rajang dengan Sungai Igan.  Pada asalnya bandar Sibu adalah sebuah perkampungan orang Melanau yang disebut Kampung Nangka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PEKASAM

PEKASAM,  makanan yang diperam dengan menggunakan garam dan bahan lain.  Pekasam dibuat daripada pelbagai jenis ikan air tawar seperti ikan sepat padi, sepat siam, puyu, tilapia dan belida atau ikan laut seperti gelama, selar, puput, selangat, biji nangka dan sebagainya. 

BUDAYAMakanan
KEROPOK

KEROPOK, makanan ringan yang diperbuat daripada campuran tepung sagu dengan isi ikan, udang, sotong atau lain-lain dan air. Ikan yang biasa digunakan ialah ikan parang, tamban, selayang, biji nangka dan conor. Bahan-bahan lain yang digunakan ialah garam dan gula pasir. Ada juga yang memasukkan serbuk lada dan ba­wang putih semasa menggaul isi ikan. 

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas