PERJANJIAN NANING-BELANDA | PERJANJIAN NANING-BELANDA (1643), perjanjian antara Naning dengan Belanda. Dengan termeterainya perjanjian ini, Naning berjanji akan taat setia kepada Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
PERANG NANING | PERANG NANING, perang antara Naning dengan pihak British yang bertapak di Melaka. Beberapa faktor yang menyebabkan tercetusnya konflik antara Dol Said, Penghulu Naning, dengan pihak British di Melaka, yang kemudiannya menyebabkan perang antara tahun 1831 hingga tahun 1832. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
DOL SAID | Dol Said (1773–1849), Penghulu Naning yang menentang pentadbiran British. Dol Said dari keturunan suku Semelenggang. Dia memegang jawatan tersebut dari tahun 1779 hingga tahun 1833. | UMUM | |
ADAT PERPATIH | ADAT PERPATIH, sistem sosiobudaya tradisional yang lengkap, terdapat di kalangan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan Naning (Melaka) dan merupakan warisan daripada sistem sosiobudaya yang datang dari wilayah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. | BUDAYA | Konsep |
SIDANG | SIDANG, satu jawatan dalam pentadbiran kampung tradisi di Melaka, baik dalam daerah yang mengamalkan adat perpatih seperti di Naning, mahupun di daerah-daerah lain yang mengamalkan adat temenggung, seperti di Alor Gajah atau bandar Melaka. Asal usul perkataan sidang dipercayai berasal dari Sumatera, khususnya di Minangkabau. Dalam penggunaannya di Melaka, ia bertunjang kepada adat perpatih, walaupun konsepnya berlainan, iaitu berdasarkan wilayah dan bukan keturunan perut atau suku. | BUDAYA | Konsep |
MINANGKABAU | MINANGKABAU, suku kaum yang tinggal di wilayah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Di Malaysia, khususnya di Negeri Sembilan dan Naning, Melaka, mereka yang berasal dari Minangkabau dikenal dengan nama orang Minang. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
RAJA IBRAHIM | RAJA IBRAHIM ( ? - 1678), ketua orang Minangkabau di Rembau dan Sungai Ujong serta Naning (1677-1678). Raja Ibrahim adalah seorang imam dan menetap di Aceh, Sumatera, Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SISTEM KETURUNAN NASAB IBU | SISTEM KETURUNAN NASAB IBU, sistem persanakan yang mengenal pasti keturunannya hingga ke satu moyang tertentu daripada sebelah pihak ibu atau pihak perempuan. Anggota bagi satu-satu kelompok keturunan nasab ibu, sama ada kelompok suku atau zuriat, mengakui mempunyai hubungan keturunan antara satu sama lain yang disusurgalurkan hingga ke satu moyang yang sama dari sebelah pihak ibu. Mereka juga memakai nama suku yang sama sebagai satu mekanisme untuk mengenal pasti yang mereka itu daripada keturunan yang sama. Di Malaysia, sistem persanakan nasab ini diamalkan oleh masyarakat Melayu adat perpatih di Negeri Sembilan dan di Naning, Melaka. | BUDAYA | Konsep |