Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. waktu yg akan datang, masa ke­mudian, kelak: bila hari raya ~, pulanglah ke kampung; dia akan sampai pd pukul 1.30 ~; 2. akan, bakal, tentu: kalau engkau adu­kan perkara itu kpd polis, ~ heboh sedunia; 3. jika tidak begitu, seandainya tidak: baik engkau dengar nasihatku, ~ engkau me­nyesal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 waktu yg akan datang; kemudian; kelak: Apabila saya besar ~, saya hendak menjadi doktor. 2 kalau tidak; jika tidak: Baik engkau pergi sekarang juga, ~ ketinggalan bas. 3 tentu; nescaya: ~ marah ia kalau engkau tidak meminta maaf kpdnya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nanti I

Puisi
 

Rumah buruk pintu sembilan,
     Nanti roboh tidakkan roboh;
Laksana pungguk rindukan bulan,
     Nanti jatuh tidakkan jatuh.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Kubur kata mari,
     rumah kata nanti.

Bermaksud :

Orang yang sudah lanjut usianya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ENJIN STIRLING

Enjin Stirling ialah satu sumber tenaga yang

masih dalam kajian. Mungkin satu hari nanti

enjin ini akan digunakan pada kereta, bot, dan

kenderaan lain.

UMUM 

Kembali ke atas