SUEDE | Suede, sejenis kulit lembut yang mempunyai nap pada satu bahagian. Suede dibuat dengan memegang bahagian belulang haiwan yang berdaging dan yang telah disamak pada roda penggilap. Permukaan roda yang kasar itu menaikkan nap tersebut. Barang-barang yang diperbuat daripada suede termasuk kasut, sarung tangan, topi, dan kot. | UMUM | |
TEASEL | Teasel ialah nama sekumpulan tumbuhan yang mempunyai satu spesies yang bernilai dari segi komersial. Spesies ini adalah fuller’s teasel , clothier’s teasel atau clothier’s brush dari selatan Eropah. Ia digunakan untuk menimbulkan nap pada kain. | UMUM | |