CHEK DA DATO' SERI NARA WANGSA | CHEK DA DATO’ SERI NARA WANGSA (1882-1934), pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Dia lahir pada 18 Jun 1882 di Terengganu. Nama penuhnya ialah Chek Da Umar bin Chek Mohd. Ali bin Abdul Rahim. Ayahnya Chek Mohd Ali bergelar Dato’ Seri Nara Wangsa gelaran kebesaran pembesar dan pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Chek Mohd. Ali, pentadbir yang akhir sekali memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa, kerana selepas peranan Dato’ Mata-Mata diberikan kepada Chek Da Umar, dia tidak lagi memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa. Gelaran baharu yang diberikan kepadanya ialah Dato’ Seri Andika Raja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ZAMAN YAMATO | Zaman Yamato ialah satu masa dalam sejarah Jepun lebih kurang dari tahun 200 M. hingga tahun 646 M. Pada zaman ini, maharaja Jepun memerintah dari kawasan Yamato; iaitu kawasan di sekeliling bandar Nara kini. | UMUM | |
KEJATUHAN MELAKA | KEJATUHAN MELAKA, peristiwa kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang membawa kepada berlakunya peristiwa ini. Faktor dalaman dirangsang oleh sebab peribadi yang timbul akibat pergeseran berterusan antara dua golongan pembesar Melaka yang terdiri daripada pembesar Melayu dan pembesar Melayu Tamil-Islam. Kemunculan pembesar Melayu yang mewarisi darah Tamil-Islam bermula apabila Mani Purindan diambil sebagai menantu oleh Seri Nara Diraja pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Mani Purindan memperoleh dua orang anak iaitu Tun Ali dan Tun Wati. Tun Ali kemudiannya mewarisi gelaran Seri Nara Diraja, manakala Tun Wati diperisterikan oleh Sultan Muhammad Syah. Perkahwinan antara Sultan Muhammad Syah dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim yang kemudian menjadi Sultan Melaka bergelar Sultan Muzaffar Syah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH III | SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH III ( ? -1615), Sultan Johor yang keenam (1597-1615). Baginda adalah putera Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II dengan anak Seri Nara Diraja Pahang. Nama sebenar baginda ialah Raja Mansur. Baginda menduduki takhta kerajaan Johor, menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1597 dengan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah III. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
CIK SITI WAN KEMBANG | CIK SITI WAN KEMBANG (1580-1677), pemerintah negeri bernama ‘Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tagayong’ dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, Cik Siti Wan Kembang ialah puteri kepada Raja Ahmad, Yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang empat tahun, Raja Ahmad mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Sultan Hussin. Raja Hussin ialah satu-satunya putera kepada Raja Umar, iaitu Sultan Johor yang bergelar Sultan ‘Ala Jalla Abdul Jalil II yang memerintah Johor dari tahun 1570 hingga tahun 1597. Sultan Hussin memerintah Kelantan selama 26 tahun, dari tahun 1584 hingga tahun 1610. Cik Siti Wan Kembang yang masih kecil itu diasuh oleh Sultan Hussin sebagai puteri angkat baginda. Apabila Sultan Hussin mangkat pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang, ketika itu berusia lebih kurang 30 tahun, ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan. Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam di Gunung Besar yang kemudian dinamai Gunung Cintawangsa yang sekarang ini terletak di sempadan Kelantan-Terengganu. Baginda tidak bersuami. Di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang termasuk yang datang dari luar negeri seperti dari negeri China, India dan Arab berniaga di Kelantan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ABU SHAHID | SULTAN ABU SHAHID ( ? - 1446), Sultan Melaka yang keempat (1444 – 1446). Nama sebenar baginda ialah Raja Ibrahim. Mengikut sumber Portugis dan China, nama baginda disebut juga sebagai Parameswara Dewa Syah. Baginda adalah putera Sultan Muhammad Syah dan bondanya puteri Raja Rokan, Sumatera. Ayahanda baginda juga mempunyai seorang lagi isteri bernama Tun Wati binti Mani Purindan, adik kepada Tun Ali yang kemudiannya memegang gelaran Seri Nara Diraja. Perkahwinan ayahanda baginda dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim (Sultan Muzaffar Syah). Ini bererti Raja Ibrahim dan Raja Kassim bersaudara tiri. Walaupun dikatakan berpangkat adik dengan Raja Kassim, tetapi akibat pengaruh bondanya yang pada ketika itu menjadi Raja Perempuan Melaka dan baginda anak gahara, maka Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Melaka setelah kemangkatan Sultan Muhammad Syah. Baginda memakai gelaran Sultan Abu Shahid. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUN FATIMAH | TUN FATIMAH ( ? - ?), raja perempuan Melaka. Dia ialah anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Dia digambarkan sebagai gadis yang sangat cantik. Mengikut <I style="mso-bidi-font-style: normal">Sejarah Melayu, I>kecantikan Tun Fatimah seperti “... laut madu, bercahaya-cahaya, berkilat, seperti bulan purnama ketika cuaca”. Tun Fatimah berkahwin dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja Tun Tahir. Sultan Mahmud yang berangkat menghadiri majlis perkahwinan Tun Fatimah jatuh hati kepadanya dan mendendami Bendahara Tun Mutahir kerana tidak memberitahu baginda yang dia mempunyai anak perempuan yang cantik. Hasil perkahwinan tersebut, Tun Fatimah dikurniakan cahaya mata dan diberi nama Tun Terang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PATIH YUSUF | PATIH YUSUF ( ?-? ), pemerintah Grisek (awal abad ke-16). Dia juga dikenal dengan nama Pate Cucuf. Menurut Tome Pires dalam Suma Oriental, Patih Yusuf adalah keturunan Melayu dan berasal daripada kerabat keluarga diraja Melaka, yang terusir oleh Portugis, ketika Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Datuk Patih Yusuf adalah saudara perempuan Sri Nara Diraja, iaitu bapa bendahara Melaka. Sultan Mahmud Syah (m.m. 1488-1511), Sultan Melaka yang terakhir, adalah juga cucu kepada bendahara. Dengan demikian, Patih Yusuf adalah saudara sepupu kepada Sultan Mahmud Syah. Manakala ayahnya, Patih Adam, berasal daripada keluarga pedagang laut Melaka, yang lebih dahulu datang ke Gresik untuk menggantikan datuk Patih Yusuf sebagai pemerintah. Setelah Patih Adam meninggal dunia, dia datang ke Gresik bersama-sama keluarganya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |