Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n warganegara, rakyat: although he has always lived in England he is a French ~, sungguhpun dia selalu tinggal di England, dia warganegara Perancis. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. of, concerning a nation as a whole, kebangsaan, negara, nasional; (of news, newspaper, radio network) nasional: ~ goals, matlamat kebangsaan; at ~ level, di peringkat kebangsaan; for ~ interests, utk kepentingan negara; he’s a ~ figure, dia ialah tokoh negara; the story appeared in all the ~ newspapers, cerita itu tersiar dlm semua akhbar nasional; ~ holiday, (hari) cuti umum; 2. symbolic of a specific nation, kebangsaan: the ~ language, bahasa kebangsaan; the hibiscus is our ~ flower, bunga raya ialah bunga kebangsaan kita; 3. owned or controlled by the nation, negara: N~ Mosque, Masjid Negara; N~ Art Gallery, Galeri Seni Negara; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata national


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GRAND NATIONAL UMUM 
BAHASA KEBANGSAAN (NATIONAL LANGUAGE) BAHASAKonsep
NATIONAL GEOGRAPHIC SOCIETY

National Geographic Society ialah organisasi

saintifik dan pendidikan yang bukan membuat

untung yang terbesar di dunia. Ia ditubuhkan pada

tahun 1888 di Amerika Syarikat untuk mengumpul

dan menyebarkan pengetahuan geografi ke

seluruh dunia. Persatuan ini mempunyai lebih

daripada 10 juta ahli di sekitar 185 buah negara. Ia

juga telah menaja dan menyokong lebih daripada

4000 ekspedisi dan projek penyelidikan.

UMUM 
AUDUBON SOCIETY, NATIONAL

Audubon Society, National di Amerika

Syarikat adalah salah satu pertubuhan

pemuliharaan negara yang tertua dan terbesar di

dunia. Ia ditubuhkan pada tahun 1905 dan

dinamakan sempena nama pelukis burung dan ahli

alamiah Amerika John James Audubon.

UMUM 
THUMBOO, EDWIN

Thumboo, Edwin (1933– ), penulis, pengkritik,

dan ahli akademik Singapura, menjadi profesor

bahasa Inggeris di National University of

Singapore pada tahun 1979. Dia terkenal kerana

puisinya. Koleksi puisinya berjudul Gods Can Die

(1977) menerima anugerah puisi Singapore

National Book Development Council pada tahun

1978. Pada tahun 1979, dia dianugerahkan

Southeast Asia Writer’s Award untuk puisi. Pada

tahun 1987, dia menerima Association of Southeast

Asian Nations (ASEAN) Award untuk pencapaian

terbaiknya dalam kesusasteraan. Antologinya yang

telah diterbitkan termasuklah The Flowering Tree

(1970), Seven Poets (1973), The Second Tongue

(1976), Rub of Earth (1956) dan Ulysses by the

Merlion (1979).

Edwin Thumboo lahir di Singapura. Dia

mendapat pendidikannya di Victoria School dan

University of Malaya di Singapura.

UMUM 
ADMINISTRATION (NASA)

National Aeronautics and Space

Administration (NASA) ialah agensi kerajaan

Amerika Syarikat yang mengendalikan dan

mengkoordinasi penyelidikan aeronautik di dalam

atau di luar lingkungan atmosfera bumi. NASA

menggaji kira-kira 21 000 orang ahli sains, jurutera

dan juruteknik di dalam 10 pemasangan utama.

Kemudahan ini termasuklah John F. Kennedy Space

Center, Lyndon B. Johnson Space Center, Goddard

Space Flight Center dan George C. Marshall Space

Flight Center .

UMUM 
PERKHIDMATAN KESIHATAN NEGARA

Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS –

National Health Service) ialah sistem penjagaan

kesihatan di United Kingdom (UK), yang menyediakan

perkhidmatan perubatan biayaan negara kepada

semua penduduknya. Negara-negara lain juga

mempunyai skim perkhidmatan yang sama tetapi

berbeza namanya. Perkhidmatannya yang termasuk

langkah-langkah pencegahan dan terapeutik, dan

perkhidmatan masyarakat bersekutu, dibayar

terutamanya daripada cukai umum. Tetapi warga

yang bekerja memberi sumbangan tambahan melalui

skim insurans kesihatan wajib. Doktor, jururawat

dengan lain-lain personel berada di bawah kontrak

dengan kerajaan. NHS berserta hospital, pusat

kesihatan, lain-lain kemudahan bersekutu adalah

milik awam.

UMUM 
KONGRES KEBANGSAAN AFRIKA

Kongres Kebangsaan Afrika (African

National Congres) ialah sebuah parti politik di

Afrika Selatan. Berikutan pilihan raya demokrasi

pada tahun 1994, ANC menjadi parti pemimpin

dalam kerajaan baharu Afrika Selatan.

UMUM 
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

(UMNO), parti politik. UMNO ialah singkatan bagi

United Malays National Organisation atau

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

(PEKEMBAR). Ia adalah parti politik yang paling lama

hayatnya dan yang terbesar di Malaysia. Ia

membentuk kerajaan sejak tahun 1955 sehingga kini,

bersama-sama dengan parti-parti lain.

UMUM 
MUSEVENI, YOWERI

Museveni, Yoweri (1944– ), ahli politik dan

ketua tentera Uganda, menjadi presiden Uganda

pada tahun 1986. Dia ialah ketua National

Resistance Movement (NRM) yang menggulingkan

kerajaan General Tito Okello pada bulan Januari

1986.

UMUM 
1234

Kembali ke atas