SIBOLGA, kota pelabuhan di Sumatera, Indonesia. Nama Sibolga berasal daripada nama sejenis ikan iaitu `bolga’ yang hidup di lumpur pantai. Ikan ini tidak dimakan kerana dipercayai beracun dan hidup di dua alam. Kota Sibolga terletak di sebelah utara pergunungan Tapanuli Tengah, di sebelah selatannya Kampung Sarudik; sebelah barat, Teluk Tapian Nauli; dan sebelah timur, pergunungan Tapanuli Tengah, membujur dari utara ke selatan.
Thanks for clicking. That felt good.